Thursday, 20 April 2017

Makanan Tambahan anak-anak pilihan ibu Moden



Mealshakes merupakan sumber protein yang lengkap dengan penambahan vitamin dan mineral. Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh anda dan seisi keluarga dan amat diperlukan dalam perkembangan kesihatan anda sekeluarga.

Mealshakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein, termasuk asid amino perlu dan tidak perlu.




Mealshakes dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti mudah diserap oleh sistem tubuh dari peringkat bayi hinggalah orang dewasa.

Mealshakes minuman yang lazat berperisa vanilla..Baunya yang harum macam aiskrim..Kanak-kanak memang akan suka. Ia menmgandungi nutrisi lengkap di manaMealshake mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh.


Mealshakes diibaratkan sebagai snek dan makanan segera yang berkhasiat bukan sahaja untuk anak-anak anda malah untuk seisi keluarga. Sajian yang lazat, murah dan cepat untuk disediakan. Ia boleh diambil pada bila-bila masa sahaja. Mealshakes mengandungi Indeks Glisemik yang rendah, rendah kolesterol, lemak dan natrium.


7 kebaikan Meal Shakes


1. Meal Shakes menyediakan nutrien yang lengkap
Memberi 24 jenis vitamin penting dari vitamin A ke Z mineral dan mineral surih. Kekurangan mineral akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin yang menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

2. Meal Shakes menyediakan bekalan nutrien utama untuk sel
Kaya dengan protein dan tidak mengandungi laktosa yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut, organ, darah, sel-sel vaksin yang lain-lain. Ia turut meningkatkan imun kanak-kanak.

3. Meal Shakes untuk fungsi tumbesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar kanak-kanak.

4. Meal Shakes untuk antioksidan
Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan komponen antioksida untuk melawas penuaan. Kanak-kanak juga terdedah kepada radikal bebas yang boleh melemahkan sel badan.

5. Meal Shakes dapat mencantikkan kulit
Mengandungi vitamin B-Complex, zat besi dan copper untuk membentuk sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus meningkatkan warna kulit muka dan mencantikkan kulit anak anda.

6. Meal Shakes agen detoksifikasi
Kaya dengan serat larut yang membantu (peristalsis kolon dan perut atau pergerakan usus) untuk mengeluarkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. Meal Shakes dapat atasi masalah sembelit yang sering berlaku kepada kanak-kanak.

7. Rasa yang enak untuk semua golongan
Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi, penambahan nutien yang perlu untuk badan, tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

Kenapa Meal Shakes baik untuk kanak-kanak?

1. Kanak-kanak tiada atau kurang selera makan atau memilih makan
Ini merupakan masalah yang selalu berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 6 tahun. Kanak-kanak menjadi cerewet dan kurangs elera makan. Biarpun ibu menyediakan makanan yang ditatrias cantk, namun si anak hanya menjamah sedikit dan meninggalkannya begitu sahaja. Apabila aak kurang selera makan, tandanya anak-anak kekurangan vitamin yang jika tidak dipantau akan menjadi tabiat tidak suka makan di kemudian hari.

2. Kanak-kanak gemar makanan segera atau makanan ringan
Apa yang ibu takutkan adalah apabila anak mula gemar makanan ringan atau makanan segera yang sudah diketahui tidak baik untuk kesihatan. Ibu disarankan memantau paten pemakanan anak dan memastikan mereka mendapat makanan seimbang dalam diet harian. Perlu diingat Meal Shakes tidak menggantikan makanan seimbang tetapi lebih kepada melengkapi diet pemakanan seharian dan mengembalikan selera makan anak anda kepada makanan harian yang seimbang.


Kanak-kanak yang mengalami kekurangan vitamin dan zat mineral dalam badan darip perolehan makanan harian mereka mudah dijangkiti flu dan demam. Dengan Meal Shakes, segala yang diperlukan badan anak-anak akan dibekalkan di dalam bancuhan Meal Shakes setiap hari.


Meal Shakes bukan hanya tertumpu untuk membekalkan nutrien kepada kanak-kanak yang kurang selera makan, tetapi juga yang aktif bersukan dan bermain seharian. Mereka memerlukan tenaga untuk terus aktif di dalam kelas mahupun di taska. Jadikan Meal Shakes sebagai hidangan minuman ketika sarapan untuk anak anda. InsyaAllah anak akan lebih fokus di kelas dan tidak mengantuk, tidak penat dan lapar di waktu pagi.


Sangat menyedihkan melihat anak kecil menangis apabila mengalami sembelit. Ramai yang berjaya atasi sembelit anak mereka setelah menggunakan Meal Shakes. Kaya dengan serat yang menggalakkan pergerakan usus dan menjadikan anak kecil kita lawas di bilik air.


Berbeza dengan kapsul boleh telan yang lain, Meal Shakes menyediakan segala sumber multivitamin lengkap beserta protein (pemberi tenaga segera) dan serat di dalam bentuk serbuk yang boleh dibancuh.

Meal Shakes mudah dibancuh dengan minuman kanak-kanak, jus atau air sejuk dan perisa French Vanilla memberi bau yang wangi serta rasa yang lazat.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Shaklee yang sesuai dengan tahap kesihatan anda,anda boleh menghubungi saya.

FB: Sleyviana Ruth
📱: 011.1514.8693 wasap/telegram

Cream Multi-Purpose Pilihan Ramai

Berapa Tempoh Kegunaan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?



Dengan kapasiti 113mg, krim ini boleh digunakan untuk satu tempoh jangka masa yang panjang. Ia bergantung kepada cara penggunaannya. Melalui pengalaman saya, sudah setahun saya menggunakannya namun kini masih berbaki. Saya menyimpan krim ini untuk kegunaan kecemasan keluarga seperti gigitan serangga, ruam anak dan untuk urut badan yang lenguh. Tahan lama. Berbaloi dengan harganya yang sangat berpatutan.

Krim ini diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu tumbuhan seperti sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary. Tumbuhan-tumbuhan ini telah digunakan sejak berzaman untuk kecantikan kulit. Bukan itu saja ia sangat banyak kegunaannya.




Apa Keistimewaan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?


● Dingin pada kulit
● Ekstrak herba semulajadi
● Tidak berminyak
● Mudah meresap
● Aroma menyenangkan
● Mudah digunakan
● Mudah dibawa ke mana sahaja
● Sesuai untuk semua golongan
● Dijamin berkesan
● Halal
● Tanpa paraben dan steroid


Apa Fungsi Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?


● Melembutkan kulit / tumit kasar @ pecah
● Merawat ruam susu / ruam panas / ruam lampin / muka / kepala
● Menghilangkan luka dan merawat eczema
● Melegakan gigitan serangga / nyamuk
● Merawat kulit gatal
● Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox
● Losyen harian untuk kulit kering
● Krim urut badan lenguh
● Merawat kesan luka melecur
● Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat
● Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
● Ubat luka atau melecur
● Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
● Menghilangkan parut
● Losyen harian
● Baik untuk demam ( disapu di seluruh badan dan setengah jam akan berpeluh bermakna badan sedang respons pada krim tersebut bagi mengeluarkan haba berlebihan dalam badan).
● Membuang angin pada perut bagi memberi keselesaan pada perut anda
● Membuang selulit serta  memecahkan lemak berlebihan.


Siapa yang boleh guna?


● Bayi
● Lelaki mahupun wanita
● Pesakit Ekzema ( masalah kulit )
● Bakal ibu yang bakal menimang cahaya mata / bayi
● Mereka yang mahu kempiskan perut buncit dan berlemak
● Mereka yang mahukan kulit sentiasa cantik dan lembut
● Mereka yang sering demam
● Kanak-kanak yang sering berkudis dan gatal-gatal badan
● Warga emas

Pertanyaan, tempahan & konsultasi
Hubungi saya:

❤ Sleyviana Ruth
📱011.1514.8693 wasap/telegram

Anak Ceria, Ibu Gembira

Sebagai ibubapa kita berhak untuk memilih yang terbaik untuk anak-anak. Kita boleh membantu mereka untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik dengan memberikan mereka makanan tambahan yang penuh khasiat vitamin dan mineral semulajadi dan lebih selamat untuk kesihatan mereka.


Supplement Shaklee adalah 100% diasaskan daripada bahan semulajadi dan ianya selamat dan tidak memudaratkan kesihatan kanak-kanak. Tidak mengandungi bahan pengawet tiruan, bahan perisa, pewarna dan yang paling penting ianya telah diuji dengan lebih dari 80,000 ujian termasuk ujian klinikal. Istimewanya produk Shaklee, ia hanya menjalankan ujian ke atas manusia sahaja dan tidak menggunakan sebarang jenis haiwan dalam ujikaji mereka.


Antara cadangan set kesihatan Shaklee untuk kanak-kanak ialah:


1. Kanak-kanak berusia antara 1 – 3 tahun :

    - Mealshake, Omega Guard dan Nutriferon


2. Kanak-kanak berusia antara 4 - 12 tahun :

    -   Omega Guard, Nutriferon, Chewable Vitamin C, Vita Lea for Kids dan Mealshake


3. Kanak-kanak 12 tahun ke atas :

   - Omega Guard. Nutriferon, Chewable Vitamin C, Vitalea for Kids, B Complex, Carotomax dan Vitamin E.




Selain dari meningkatkan sistem imun tubuh untuk melawan jangkitan virus, bakteria dan radikal bebas, vitamin-vitamin ini juga membantu anak lebih cerdik, lebih fokus dalam pelajaran, meningkatkan daya ingatan serta membantu meningkatkan selera makan anak-anak kita. Jadi, semuanya terletak di tangan kita sebagai ibu bapa untuk memilih apa yang terbaik untuk kesihatan permata hati, anak-anak syurga kita itu. Duit ringgit sudah tidak bererti bila anak-anak sering sakit dan hilang keceriaan mereka.

Ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak anda? Hubungi saya, untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

FB: Sleyviana Ruth
📱: 011.1514.8693 wasap/telegram

Tuesday, 18 April 2017

Bebas Sakit Sendi dan Lutut

Testimoni-Testimoni Penghidap Sakit Lutut/ Sakit Sendi Yang Mengamalkan Vivix

#1 Sakit Sendi Hilang Dengan Vivix


#2 Selepas konsume Vivix seminggu tidak komplen sakit kaki dan sendi


#3 Sakit Lutut Hilang Berat Pun Turun


Sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya :

📱 ➡  011.1514.8693
FB ➡ Sleyviana Ruth



Atasi Sakit Sendi atau Lutut dengan Mudah




Sendi adalah hubungan antara dua tulang atau lebih, Nama lain dari sendi adalah Artikulasi . Otot dengan tulang dihubungkan oleh jaringan ikat yang dinamakan tendon. Sendi membuat tulang-tulang dapat digerakan. Untuk memperkuat sendi dan memudahkan pergerakaan, dibutuhkan beberapa komponen penunjang seperti :



Ligamen adalah jaringan ikat yang berfungsi mengikat bagian luar ujung tulang yang membentuk persendian, Selain itu, adanya ligamen juga dapat mencegah berubahnya posisi tulang (dislokasi).


Kapsul adalah lapisan serabut yang berfungsi melapisi sendi dan menghubungkan dua tulang yang membentuk persendian. Terdapat rongga di bagian persendian yang memiliki kapsul.

Cairan Sinovial adalah cairan pelumas yang ada dibagian kapsul.



Vivix Supplement Terbaik Untuk Bantu Kurangkan Sakit Sendi Dan Lutut


Kenapa saya cakap Vivix ni bukan saja boleh gantikan AJHT malah lebih bagus lagi? Ini kerana dalam satu jurnal kajian saintifik bertajuk Scientific Evidence and Rationale for the Development of Curcumin and Resveratrol as Neutraceutricals for Joint Health (Int J Mol Sci. 2012; 13(4): 4202-4232.), dapat disimpulkan bahawa telah terbukti resveratrol boleh membantu:

● Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi.

● Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi.




Seterusnya penyelenggaraan yang baik pada sendi normal, juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah (faedah yang positif) daripada segi:

● Kelebaran ruang sendi (joint space width on radiographs).
● Pergerakan.
● Kekakuan (stiffness).
● Ketidakselesaan sendi.




Secara spesifiknya kajian saintifik ini dijalankan terhadap penyakit osteoarthritis (OA), iaitu sejenis penyakit pada sendi yang serius. Yang mana terjadinya radang pada sendi atau kerosakan pada tulang rawan. Orang yang sakit sendi biasa, kalau tak cegah daripada awal sangat mudah nak kena OA ni.


Kalau nak lebih faham secara ringkasnya, kajian menunjukkan resveratrol (bahan utama dalam Vivix) berkesan untuk mengatasi masalah keradangan, antioksidan, memperbaki DNA dan menghalang sel daripada bermutasi. Ia bukan saja sangat bagus untuk sendi malah baik untuk pelbagai penyakit lain seperti kanser, Diabetes, Darah Tinggi, Jantung dan banyak lagi.

Jika anda atau keluarga anda menghadapi sakit sendi atau lutut, saya sangat menggalakkan anda untuk mencuba Vivix. Anda boleh hubungi saya melalui whatapps 011.1514.8693 atau jika anda ingin membeli sendiri dengan menggunakan debit atau kad kredit anda boleh klik link di bawa ini.








RESEPI CAKOI MUDAH

BAHAN BAHAN
(15-20 ketul)

400g tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar majerin
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat/susu tepung
1 biji kuning telur – tak letak pon boleh
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

CARA CARA

1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
2. Masukkan tepung sikit demi sikit sambil uli. Jika dah tuang semua tepung masih lagi lembik adunan tersebut, boleh la tambah2 sikit tepung sampai menjadi doh. Alter2 lah sikit ye.
3. Uli sehingga doh tak melekat pada mangkuk. Rehatkan selama 30 minit untuk naikkan sikit doh tersebut.

Penyediaan
Ambil doh tadi dan buat step seperti di bawah untuk dijadikan cakoi :
1. Canai doh memanjang bentuk segi empat tepat.
2. Potong doh lebih kurang 1-1.5 inci.
3. Cantumkan dua doh yg dipotong tadi,
4. Ambil lidi dan tekan sikit bahagian yg dicantum tu untuk menampakkan lagi seperti cakoi. Pastikan lidi dicelup air sebelum berbuat sedemikian.
5. Sediakan minyak untuk menggoreng. Bila dah panas, ambil doh cakoi tadi. Sebelum dimasukkan kedalam kuali, tarik doh tadi memanjang. Gunakan api yg kecil sikit ye. Takut dalam tak masak pulak. Buat sehingga habis.
6. Boleh dicicah dengan sos kegemaran.

Selamat mencuba !!

Saturday, 15 April 2017

Cara terbaik untuk menghilangkan jerawat.

16 Cara Terbaik Untuk Menghilangkan Jerawat dalam 1 Hari



Sesiapapun tidak patut hidup dengan kulit berjerawat terutama sekali jika anda bakal menghadapi hari yang istimewa tidak lama lagi. Dengan produk dan teknik yang betul, anda boleh mula menghilangkan noda kulit yang muncul tiba-tiba dengan secepat yang boleh. Walaupun selalunya adalah mustahil untuk menghapuskan jerawat sepenuhnya dalam masa satu malam, banyak yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan saiz dan kerengsaan jerawat anda dengan segera.

Lihat Juga: 20 Cara Menghilangkan Parut dan Luka Jerawat Dengan Cepat

Bahagian 1 dari 4: Menyediakan Muka AndaCara 1: Basuh muka

Untuk menghilangkan jerawat, anda perlu mulakan dengan membersihkan muka anda. Jerawat mengandungi bakteria yang telah menawan liang pori muka anda dan langkah pertama ialah dengan melawan balik menggunakan pembersih jerawat yang lembut tetapi berkesan.

Setengah orang menggunakan tuala kecil apabila membersihkan muka mereka tetapi tangan juga berkesan malah tidak merengsakan. Ambil jumlah pembersih jerawat seperti yang diarahkan, campurkan dengan air suam dan dengan lembut, gosokkan pada muka anda dalam gerakan membulat.Cara 2: Kelupas kulit anda



Biasakan diri untuk mengelupas kulit dengan skrub jerawat setiap minggu, ya setiap minggu! Pengelupasan bermaksud menanggalkan dengan lembut lapisan atas sel kulit mati yang terkumpul di atas epidermis seterusnya membuka laluan untuk lapisan kulit baharu yang berseri dan bebas jerawat. Apabila anda membasuh muka anda dengan pengelupas yang lembut, berhati-hati untuk tidak menggosok terlalu kuat.

Cara 3: Bilas secukupnya



Gunakan air sejuk dan bilas muka anda secukupnya sambil menggosok dengan lembut.

Air hangat akan membuka liang pori dan membenarkan pembersih jerawat untuk membersihkan pori dengan secukupnya manakala air sejuk pula akan menyempitkan saluran darah dan menyebabkan pori dan kulit di sekitarnya menjadi ketat.Bahagian 2 dari 4: Menggunakan AstringenCara 4: Gunakan astringen pada bahagian kulit yang terlibat



Astringen ialah agen yang menyebabkan kulit mengecut atau mejadi lebih kecil. Sesetengah rawatan jerawat komersil menggunakan pelbagai agen anti bakteria, antimikrob dan sebatian astringen untuk melawan jerawat dan melicinkan kulit. Walau apapun yang anda rancang untuk guna bagi membersihkan kulit anda, astringen adalah cara paling cepat dan paling berkesan untuk melakukan semua itu sekiranya anda mempunyai masa yang terhad.

Cara 5: Cuba sedikit benzoil peroksida



Benzoil peroksida digunakan untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Benzoil peroksida boleh didapati dalam beberapa kepekatan namun tahap keberkesanan benzoil peroksida dengan kepekatan 2.5% sama sahaja seperti larutan dengan kepekatan 5-10% malah ia kurang merengsakan kulit. Benzoil peroksida juga membantu mengelupas lapisan-lapisan kulit mati dan meninggalkan kulit baharu yang lebih cerah dan lebih muda di tempatnya.

Cara 6: Gunakan asid salisilik



Seperti benzoil peroksida, asid salisilik membunuh bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan jerawat tumbuh. Ia juga menyebabkan sel kulit untuk bersalin dengan lebih cepat lalu menggalakkan tumbuhnya kulit baharu. Sapukan sedikit asid salisilik pada kawasan kulit yang terlibat sebelum anda masuk tidur iaitu selepas anda selesai membasuh muka anda.

Cara 7: Cuba astringen semula jadi

Anda mungkin mempunyai sesuatu di dalam almari makanan atau peti sejuk anda yang mempunyai kualiti astringen yang anda boleh guna tanpa perlu pergi ke kedai. Jika anda sedang cuba menghilangkan jerawat secepat yang mungkin, bagaimana jika anda gunakan salah satu daripada bahan-bahan semula jadi yang berikut:

Kulit pisang amat membantu dalam merawat gigitan serangga dan nyamuk dan boleh membantu mengurangkan saiz jerawat. Gosok kulit pisang pada kawasan kulit yang berjerawat dengan lembut. Juga cuba kisar kulit pisang bersama secubit garam, satu sudu teh cuka dan satu sudu besar sirap mapel di dalam pengisar. Sapukan pada muka dan biarkan selama 7 minit. Basuh dengan pembersih muka dan keringkan.Gunakan witch hazel. Satu lagi astringen yang bagus dengan banyak kegunaan. Cari witch hazel yang tidak mengandungi alkohol. Sapukan sedikit pada bahagian yang berjerawat dan biarkan kering.Teh hijau ialah sejenis astringen yang penuh dengan antioksidan yang membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan melawan radikal bebas. Rendam satu beg teh dalam sedikit air panas, keluarkan beg teh bersama semua air dan letakkan di atas bahagian kulit berjerawat sekejap.Buah tomato mempunyai asid yang akan memecahkan jerawat dan mengecilkannya. Asid ini menutup liang pori dan melawan bakteria. Sapu setengah biji buah tomato pada sebelah muka anda dan setengah biji pada sebelah yang satu lagi.Bahagian 3 dari 4: Menggunakan Remedi RumahCara 8: Sapukan kiub ais pada jerawat yang sedang membengkak



Gosokkan kiub ais pada jerawat itu sehingga bahagian tersebut rasa kebas. Apabila muka anda rasa kebas, berhenti. Biarkan muka anda sehingga ia kembali hangat.

Ais akan membantu mengecilkan saiz pori dengan menyempitkan saluran darah di bawah kulit. Jika jerawat anda menyakitkan, ais juga dapat melegakan kesakitan.Jika terdapat banyak jerawat di muka anda, lakukan mengikut bahagian. Apabila satu bahagian merasa kebas, beralih ke bahagian yang seterusnya.Ini ialah satu-satunya remedi ‘di rumah’ yang telah terbukti dapat mengurangkan saiz dan jumlah jerawat. Lain-lain kaedah untuk mengecutkan jerawat mempunyai rekod kejayaan yang terhad atau tidak disahkan.Cara 9: Cuba minyak pokok teh



Minyak pokok teh ialah minyak pati yang anti bakteria dan boleh menghapuskan mikrob yang telah menetap dalam liang pori anda. Dengan menggunakan penitis, titiskan sedikit minyak pokok teh ke atas putik kapas dan sapukan pada jerawat apabila diperlukan. Berhati-hati agar anda tidak meletakkan terlalu banyak.

Minyak pokok teh mempunyai ciri-ciri anti radang yang boleh membuat kesan merah dan saiz jerawat menjadi kurang ketara.Cara 10: Hancurkan beberapa biji aspirin



Hancurkan sebiji tablet aspirin dan campurkan air secukupnya untuk membuat pes. Dengan mengunakan putik kapas, sapukan pes aspirin tadi pada jerawat dengan perlahan-lahan, pastikan anda menutup keseluruhan kawasan berjerawat. Biarkan kering. Aspirin ialah satu lagi bahan anti radang. Maksudnya ia akan membantu kulit melawan keradangan, membuat jerawat menjadi kurang ketara. Biarkan pes aspirin melawan jerawat semalaman.

Cara 11: Cuba gunakan ubat gigi



Ubat gigi mengandungi silika yang merupakan agen pengeringan yang boleh kita dapati dalam daging salai, antara contohnya. Secara teori, ubat gigi boleh membantu mengeringkan jerawat anda dalam masa semalaman, mengurangkan saiznya walaupun ini bukan cara berkesan untuk membersihkan kulit anda.

Pastikan anda menggunakan ubat gigi semula jadi apabila anda menyapunya pada kulit anda. Sesetengah ubat gigi mengandungi natrium lauril sulfat yang boleh merengsakan kulit. Perhatikan dahulu label sebelum menggunakannya.Bahagian 4 dari 4: Mencari Penyelesaian Jangka PanjangCara 12: Tidur



Kurang tidur dan tekanan boleh menyebabkan perubahan hormon, dan ini boleh membuat muka anda lebih mudah ditumbuhi jerawat. Pastikan anda cukup tidur selama lapan jam setiap malam.

Cara 13: Hilangkan tekanan daripada hidup anda

Para doktor tidak pasti sepenuhnya kenapa tetapi mereka tahu bahawa terdapat perkaitan di antara tekanan dan masalah kulit, terutamanya tekanan dan jerawat. Atas sesuatu sebab, sel-sel yang menghasilkan sebum iaitu bahan yang akhirnya menyebabkan jerawat, menjadi tidak teratur apabila seseorang itu mengalami tekanan yang tinggi.

Cari ruang untuk lepaskan tekanan secara kreatif. Sesetengah orang menjauhkan diri daripada keadaan yang penuh tekanan dengan pergi bersiar-siar. Yang lain pula luahkan tekanan mereka ke atas kanvas dengan melukis. Walau apapun yang anda lakukan untuk melegakan perasaan, lakukan awal dan lakukan selalu.Cuba teknik meditasi. Jadi seorang yang sedar akan kewujudan tubuh anda, fokus pada pernafasan anda dan dengan perlahan-lahan tolak kesedaran anda itu ke arah batas luar tubuh anda dan hapuskan sama sekali semua yang ada dalam fikiran. Meditasi mengambil masa tetapi ia berbaloi.Cara 14: Selalulah mensyampu rambut anda



Minyak daripada rambut anda boleh menyebabkan jerawat. Selain daripada itu, tukar sarung bantal setiap minggu. Minyak yang berpindah ke sarung bantal daripada muka dan rambut anda selalunya adalah kotor dan merengsakan. Lebih baik ia dielakkan.
Jika anda berambut panjang, ikat di belakang, jauh daripada muka anda.

Cara 15: Bersenam



Bagi kebanyakan penyakit, selain daripada kerosakan otot dan tulang, bersenam adalah penyelesaiannya. Bersenam ialah pilihan yang bagus untuk peredaran darah dan apa-apa sahaja yang menggalakkan peredaran darah yang baik juga akan membuat kulit anda sihat dan kelihatan berseri. Dua perkara yang perlu diingat apabila anda membuat senaman:

Sentiasa pakai krim pelindung matahari jika bersenam di luar rumah. Kebaikan menggerakkan peredaran darah boleh diatasi oleh keburukan kerosakan kulit oleh matahari jika anda tidak berhati-hati. Pakailah krim pelindung matahari yang ringan dan tidak merengsakan atau memedihkan kulit anda.



Mandi atau bersihkan diri anda selepas anda bersenam. Apabila anda berpeluh, liang pori anda boleh tersumbat dengan sisa yang kotor dan masin hasil daripada senaman anda. Pastikan anda bersihkan badan terutamanya muka anda selepas bersenam.

Cara 16: Ambil ubat jerawat secara oral



Ini telah dibuktikan dapat mengurangkan atau menghapuskan jerawat dalam pelbagai cara. Berbincanglah dengan doktor atau pakar kulit anda tentang ubat-ubatan yang mungkin paling berkesan untuk anda.

Bagi wanita, kadang-kadang ubat perancang keluarga yang diambil secara oral digunakan untuk merawat jerawat. Ubat perancang keluarga mengatur hormon yang dihasilkan oleh tubuh dan mengurangkan jumlah jerawat tumbuh.Lain-lain antibiotik yang diambil secara oral menyerang bakteria yang menyebabkan jerawat. Ia boleh membantu dalam mengurangkan jumlah jerawat tumbuh dan juga melawan keradangan. Pesakit selalunya diberi dos yang lebih tinggi terlebih dahulu sebelum beralih ke dos yang lebih rendah.Bagi kes-kes yang lebih serius, isotretinoin atau Accutane boleh diambil melalui preskripsi. Isotretinoin ialah sejenis derivatif vitamin A yang mengecutkan kelenjar yang menghasilkan sebum. Ia mempunyai pelbagai risiko dan kesan sampingan, yang mana anda patut benar-benar fahami sebelum memulakan rawatan ini.Singkirkan produk tenusu. Disebabkan kandungan hormon dalam produk tenusu, banyak kajian telah menunjukkan ada perkaitan antara penggunaan produk susu dan jerawat. Ini mendorong sebuah jurnal dermatologi terkenal untuk menerbitkan sebuah editorial berkenaan “pemakanan tanpa tenusu”, bagi mengurangkan pengambilan produk tenusu untuk sesiapa yang berjerawat kepada sifar.