Monday, 27 February 2017

Atasi Gout dengan supplement Shaklee

Kali ni mau share pasal Gout. Kebanyakan keluarga saya ada Gout. Bila sakit Gout mereka menyerang ada yang sampai tidak dapat berjalan pun... mari kita baca apa itu Gout.

Apakah Penyakit Gout?


Gout ni adalah keadaan dimana berlakunya keradangan yang menyebabkan kesakitan di bahagian tendon, sendi dan berlakunya pembengkakan. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat paling biasa terjadi Gout.





Gout boleh jadi biasa, boleh jadi sebagai tanda penyakit-penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ini disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang terhablur dan disimpan di sendi tendon dan tisu disekelilingnya


Gambarajah nya seperti di bawah ini:




Apakah punca Gout?


Gout ni boleh disebabkan beberapa faktor. Antaranya sebab faktor genetik (keturunan), pemakanan dan masalah buah pinggang.


Gout juga adalah dikelaskan sebagai sebahagian dari penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik yang berkumpul di bahagian sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi terutamanya di bahagian kaki dan mengakibatkan kesakitan.


Bila asid urik di mendap, lama-kelamaan akan jadi hablur garam. Hablur ni lah yang mencetuskan rasa sakit sendi tu.



Apa makanan yang menyebabkan Gout?


Pengambilan makanan berprotein tinggi seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi pruine boleh mencetuskan Gout. Pemecahan purine dalam makanan ni lah yang menyebabkan gout sebab purine ditukarkan ke dalam bentuk asid urik semasa metabolisma tisu rosak dan ketika tisu koyak.


Satu kajian yang dijalankan mendapati mereka yang mengambil daging merah dan makanan laut secara kerap mempunyai 50% lebih potensi mendapat penyakit Gout


Cara mengatasi Gout?


Terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah penyakit Gout ini. Antaranya;


📍 Mengamalkan diet rendah purine. Pengambilan sederhana makanan yang mengandungi purine dan berprotein tinggi seperti organ dalaman, bilis, sardin, telur ikan, kekacang, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis

📍Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik

📍Minum air dengan kadar yang banyak untuk membantu proses penyingkiran asid urik

📍Kawal berat badan Bersenam



Apakah supplemen yang dicadangkan untuk membantu pesakit Gout?




VIVIX
✔ALFAFA
✔OMEGA GUARD
✔PERFORMANCE DRINK

VIVIX - Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalam genetik, menggalakkan pembentukan mitochindra didalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel.


ALFAFA - Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak utk tujuan detox


OMEGA GUARD - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui didalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit


PERFORMANCE DRINK - Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehydration.



Bagaimana pula dengan pengambilan Vitamin  C?


Pesakit Gout boleh mengambilVitamin C. Namun secara sederhana dan tidak berlebihan.


Vitamin C adalah uricosuric semulajadi yang bermakdus bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik.


Vitamin C juga adalah asid askorbik. Jika diambil berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang boleh meningkatkan risiko penyakit batu karang


Sebaiknya pengambilan vitamin C untuk pesakit gout adalah didalam dos 500mg hingga 1000mg sahaja sehari. Jika perlukan dos lebih, bincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu.

Bagaimana untuk mendapatkan supplemen ini?

Jika anda ingin mencuba kombinasi set gout ini anda boleh hubungi/whatApp saya 011.1514.8693 Sleyviana Ruth
SID 967721

Jika anda ingin membeli Vivix anda boleh membuat pembelian sendiri dengan menggunakan debit/kad kredit.

KLIK LINK DIBAWAH


Santai Sabtu

Petang Sabtu yang lepas kami hantar anak-anak ke Klinik Kesihatan Sultan Ismail. 10 orang dari 16 orang diserang batuk selesema.

Normal lah kan bila sudah tinggal satu bumbung, seorang sakit yang lain pun mesti terjangkit. Mujur lah hari Sabtu tidak ramai orang. Mudah untuk mengurus anak-anak ni.


Selesai saja berklinik kami terus pergi ke kedai mamak. Kami menjamu selera di sana sebelum pergi ke gereja. Kebetulan pagi tu ada Chinese visitor datang bagi Ang Pau dengan anak-anak ni. Jadi mereka request makan di luar guna duit Ang Pau mereka.




Sekali sekala bawa mereka keluar makan. Happy tengok mereka senyum sampai telinga hihihii~ masing-masing khusyuk dengan makanan mereka.

Selesai makan kami terus ke gereja. Lebih kurang dalam jam 12.30am kami sampai di Home. Masing-masing layan penat & mengantuk dah budak-budak ni hihii~ 


Donat Cheese

Anak saya sangat gemarkan donat. Mungkin kerana gulanya kan...mummy dia pula sangat suka cheese hihihi~ memang seronok la layan kegemaran dengan anak hihii~

Jom kita cuba buat donat cheese.


Resepi Donat Cheese

Bahan2
4 cwn tpung gandum
3 sudu besar merjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1/2 cwn air suam
1/2 cwn air
1 peket mauripan
Sedikit garam
Cheese slice

Cara-cara :
1) Ambil setengah cawan air suam larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati . Biarkan sampai yis mengembang dalam 20 minit .
2) Tepung gandum tadi ramas dgn marjerin , susu dan garam sampai sebati .
3) Bila yis dah mengembang . Masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang seli dgn setengah cawan air sehingga menjadi doh yg tidak melekat di tgn.
4) Rehatkan doh dalam 30 minit , tutup doh tersebut dgn kain basah .
5)Selepas 30 minit , doh tersebut dah naik . Tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin .
6) Boleh canaikan doh tersebut , jgn tebal sangat dan terlalu nipis sangat . ( untuk cheese saya buat dgn menekap kan menggunakan cawan minuman plastik ). Kalau donut biasa saya gunakan acuan donut .
7) Sebelum menggoreng donut tersebut . Rehatkan donut itu selama 30 minit supaya ia mengembang dgn cantik .

SEKIAN SELAMAT MENCUBA


Friday, 24 February 2017

Sambal tumis ikan bilis dengan petai.

Siapa pengemar petai? Kita geng hahaha~ cerita pasal petai ni...dulu saya paling tidak suka makan petai ni. Sebab bau hahaha~ entah kenapa tiba-tiba pula boleh jadi kegemaran pula ni...

Kalau dulu c petai di cakap busuk...sekarang c petai di puji pula sedap...memang sedap pun kan...haaa~ rugi siapa tak pandai makan petai. Boleh tambah nasi dua pinggan tau hahahaa~

Kali ni mau kongsi resepi sambal tumis ikan bilis dengan petai...ermmm~ nyummm nyummm~


Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai


Bahan bahan:

1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya

1 mangkuk cili kering - dikisar

3 biji bawang besar

1 labu bawang putih

Sedikit halia - opsyenal

1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)

2-3 sudu besar gula

Garam


Cara cara:

Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.


Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.


Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sangat kering.


Selamat Mencuba!!

Pengalaman ke World Kite's Festival

Pada 23hb February bersamaan hari Khamis yang lalu kami berkesempatan mebawa anak-anak hebat kami pergi ke World Kite's Festival yang bertempat di Bukit Layang-layang Pasir Gudang.

Mereka sangat teruja bila dapat tahu mereka akan pergi ke sana. Sampaikan malam sebelumnya ada yang tidak dapat tidur hahaa~ siap cakap, cikgu...lamanya nak siang. Alahaii~ jam baru menunjunkkan jam 12 hihii~ dah namanya budak kannn...

Sehari sebelum ke sana, mereka membuat layang-layang mereka sendiri. Bersungguh-sungguh mereka siapkan layang-layang masing2.

Kami bertolak dari Home lebih kurang dalam jam 7.10am. Mengelak dari kesesakan lalu lintas.


gambar di ambil oleh anak saya sendiri.hihihi~ 

Kami tiba disana lebih kurang dalam jam 8.15am. Kami bergesa mencari tempat duduk yang selesa untuk anak-anak. Kerana di fahamkan tempat tu lapang dan tidak mempunyai pokok tempat berlindung dari cahaya matahari. Sudah memang pun tempat main layang-layang kannn...memang tiada la pokok berdekatan hihihi~ memandangkan semua guru pengiring tidak pernah ke sana jadi kami pun main redaaa saja la hihii~

rehat sebentar sambil tu Teacher Kathryn agihkan nametag.

Ikut perancangan awal mereka ni digalakan untuk mengikuti pertandingan mewarna. Memandangkan pertandingan tu sudah bermula maka tidak jadi la mereka sertai pertandingan mewarna tersebut...

Masa mereka di isi dengan bermain layang-layang yang telah mereka buat sendiri tu. Bahagia rasa tengok mereka lari2 di padang tu. Yela, selalu pijak lantai konkrit sajakan...sekali sekala pijak la rumput pula.


Sudah puas mereka berlari-lari. Kami rehat sebentar minum pagi. Makan bun dan minum air putih. Kami pilih air putih sebab cuaca sangat panas. Mereka perlukan air putih banyak. Minum air putihkan baik untuk kesihatan hihii~ kannn??

Selesai makan dan minum kami bawa mereka melawat ke Museum Layang-layang. Bayaran masuk dikenakan RM1 untuk kanak-kanak dan RM2 untuk dewasa. Berbaloi juga. Boleh la bawa keluarga jalan-jalan hujung minggu atau cuti sekolah akan datang ni.








Antara moment yang sempat di ambil di dalam Museum.

Selesai melawat sekitar Museum, sebelum tu kami sempat juga mengambil gambar sebagai kenang kenangan untuk masa depan di hadapan pintu masuk museum.


Lebih kurang jam 11.30am kami bertolak untuk balik ke Home. Bahang matahari masa tu mula menyengattttt~ haaa~ saya yang dewasa ni pun tak tahan...apa lagi budak-budak hihii~ 

Walaupun aktiviti mereka cuma bermain layang-layang dan melawat museum saja keseronokan tu nampak terpancar di wajah mereka. Bukan selalu boleh keluar macam ni tau haaa~ sebelum balik tu mereka ajak pergi ke swimming pool...tapi belum masanya lagi ke situ...sabar ya anak-anak...satu hari nanti kita akan pergi juga ke swimming pool.

Kira-kira dalam jam 12.30pm kami sampai di Home. Setelah mereka bersihkan diri, mandi dan sebagainya baru kami makan tengahari. Dan berehat. Nampak sangat mereka kepenatan hihii~ 

Sekian coretan ringkas dari kami Home Ang Tiong Loy Rotary Children's Home.

Wednesday, 22 February 2017

Rawatan alternative strok

Apakah itu Strok?


Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.




Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.


Alternatif untuk merawat strok.


Testimoni pesakit strok dengan Vivix.



Ikuti kisah testimoni pesakit strok ini.


Kena mild strok,selepas 3 hari minum Vivix boleh bangun dari katil sendiri.


Pulih selepas 7 hari minum Vivix


Kembali sihat dan cergas dengan Vivix


Berikan yang terbaik untuk orang yang kita kasihi. Sebotol Vivix RM475 untuk 2 bulan sangat berbaloi jika kita memilih untuk melabur untuk mereka yang kita kasihi. Ingat, duit boleh di cari. 

Bagaimana untuk dapatkan Vivix?


KLIK DISINI

http://bit.ly/2lMQ1OA

ATAU

Hubungi saya 011.1514.8693
Sleyviana Ruth
Sid 967721

Tuesday, 21 February 2017

Ikhtiar Vivix pilihan bijak Pesakit Buah Pinggang

Buah pinggang adalah salah satu organ yang penting dalam tubuh, namun kesihatannya diambil mudah.Sebelum ini mungkin anda tidak tahu bahawa anda sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang pada tahap awal, kerana biasanya anda tidak pernah merasa sakit sama sekali.




Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!




Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

10 TANDA ANDA MEGHIDAPI PENYAKIT GINJAL

1. Kekerapan pembuangan air kencing
Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat padakekerapan pembuangan air kencing sama ada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.



2. Mengalami keletihan yang melampau
Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.



3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan
Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan untuk berfungsi.



4. Mengalami kegatalan yang teruk
Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.



5. Sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda
Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.



6. Mengalami loya dan muntah-muntah
Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.



7. Berasa sejuk sepanjang masa
Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.



8. Kesukaran untuk bernafas
Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.



9. Merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah
Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.



10. Kerap berasa pening kepala
Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Khasiat yang terdapat didalam Vivix untuk merawat buah pinggang dan penyakit kronik yang lain.



Kisah Penyembuhan Vivix -  Buah Pinggang Sembuh & Transplant Dibatalkan
 Karen Sandifer, bekas penyelia Home Health Care, berkongsi kisah ini mengenai Brandy (sahabatnya) dan Vivix. Brandy dah bersedia untuk berikan satu buah pinggang dia kepada suami kerana suaminya mengalami kegagalan buah pinggang tahap 4 dengan buah pinggang polisistik.

"Tony mula mengambil Vivix sejak Febuari 2009 dan cuba teka? Kami pergi berjumpa pakar buah pinggang untuk membuat ujian supaya saya boleh memberikan buah pinggang dan sebahagian hati saya, kerana dia berapa pada tahap tinggi (4) kegagalan buah pinggang dengan buah pinggang polisistik. Jika tahap 5 anda perlu dialisis untuk terus hidup. Jadi kami mahu melakukan pemindahan organ sebelum dia terpaksa hidup dengan dialisis.

"Apabila mereka melakukan ujian darah, kami diberitahu yang dia berada pada tahap 2 atau tahap 3 rendah, dan seterusnya menghentikan dia dari meneruskan diet untuk buah pinggang, dia tidak memerlukan ubat-ubatan untuk tekanan darah lagi dan boleh menikmati hidupnya kembali, kerana dia mempunyai masa bertahun lagi sebelum perlu memikirkan untuk menjalani hidup dengan dialisis! Berdasarkan kata pakar yang berunding dengan kami, kesemua mereka mengatakan TIADA PENAWAR!






Setiap tahun kos rawatan sakit buah pinggang semakin meningkat. Buatlah pilihan bijak dari sekarang. Jika anda ingin mencuba berikhtiar dengan menggunakan Vivix. Anda boleh membuat pembelian sendiri dengan


KLIK DISINI

Atau anda boleh hubungi saya 011.1514.8693.
Sleyviana Ruth
SID 967721

Sunday, 19 February 2017

Vivix bantu merawat darah tinggi

Seperti yang diketahui VIVIX dikatakan HEBAT kerana di dalamnya mengandungi

10x ganda nilai antioxidant daripada RESVERATROL.

Resveratrol telah diuji melalui ribuan kajian yang mana dapat meneutralkan radikal bebas dalam badan yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik.

Vivix dirumus daripada 4 jenis tumbuhan yg amat sukar dijumpai di dunia

> European elderberry
> Muscadin grape
> Purple carrot
> Polygonum Cuspidatum




Siapa yang perlukan VIVIX

- pesakit kanser/ketumbuhan/fibroid
- pesakit tiroid
- pesakit darah tinggi
- pesakit jantung
- pesakit diabetes
- pesakit jangkitan kuman paru-paru
- pesakit gout
- pesakit arthritis/sendi/lutut
- individu sihat yg mementingkan kualiti kesihatan
- individu sihat yg mempunyai keturunan keluarga berpenyakit kronik


Bagaimana Resveratrol Dalam Vivix Dapat Membantu Menurunkan Darah Tinggi?


Resveratrol dalam vivix membantu menyelesaikan tekanan darah tinggi (hypertension) melalui beberapa mekanisme.


Ia menurunkan keradangan sel ke dalam dinding pembuluh darah dan menaikkan kemampuan pembuluh darah tersebut untuk bertindakbalas dengan perubahan dalam tekanan darah.


Tambahan lagi, resveratrol sudah dikenalpasti baru-baru ini untuk menurunkan ketegangan pembuluh darah dan otot jantung yang menyebabkan hypertension berlaku.


Resveratrol juga bertindak didalam sel otak untuk menaikkan tekanan darah yang disebabkan oleh faktor pemakanan atau hormon.


Saksikan video testimoni ini.





Hadiahkan sebotol Vivix untuk ibu dan ayah sekarang. Duit boleh dicari tapi orang yang kita kasihi tidak boleh dibeli dengan wang.

Dapatkan Vivix disini



Atau

Berjimat dengan pembelian Twin Pack Vivix.


Hubungi saya 011.1514.8693
Sleyviana Ruth 
SID 967721

Resepi kek batik

Mau buat kek tak semestinya mesti ada ketuhar tau...haaa~ ada jeee kek yang tak perlu guna ketuhar...Kali ni share resepi kek batik...100% tak perlu menggunakan ketuhar.




Bahan-bahan

1 bungkus (350g) biskut Marie
Setengah buku mentega
2 biji telur
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan Milo
1 cawan air
3/4 cawan gula

**Milo dan koko tu terpulang pada citarasa. Nak rasa coklat yang kuat...guna 1 cawan koko + 1/2 cawan Milo, nak rasa yang agak kurang coklat, guna 1cawan Milo + 1/2 cawan koko

Cara-cara

1. Patah-patahkan biskut.

2. Dalam periuk, campurkan koko, Milo, air dan gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua larut.

3. Masukkan mentega, kacau sampai mentega cair.

4. Kecilkan api, masukkan telur. Kacau sampai agak-agak pekat (lebih kurang 30 saat). Padamkan api.

5. Masukkan pula biskut yang dah dipatahkan tadi. Kacaukan sampai semua biskut dah diselaputi coklat. (Sukatan biskut terpulang pada citarasa. Kalau nak banyak coklat, guna sikit saje).

6. Masukkan dalam loyang..tekan-tekan sikit bagi padat. Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.

Dah siap boleh makan dengan keluarga...

Resepi Non-baked Cheese Kek

Haiii...

Sudah minum petang? Makan kuih apa petang ni? Hmmm~ petang2 ni kalau layan cheese kek sedap juga kan? Senang nak sediakan pula tu...tak payah susah2 nak bakar bagai heee~ masuk peti ais je dah boleh ngapppp~ jom jom kita buat...



Cheese Kek non-bake

Bahan-bahan A:
Biskut marrie
Mentega

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm tatura krim keju
165 gm gula kastor - letak 150g
1 sudu besar jus lemon- 2 sb

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit

Topping
Blueberry topping secukupnyer
Jus lemon
Gula caster
Sedikit air



Cara-cara

1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
3.Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
4.Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.
6. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
7. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
8. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan.
9.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. >>Lepas dah keras adunan cheese boleh sapukan fresh cream yg dpukul sebelum dtuangkan kuah topping, lebih kurang 150ml fresh cream.
10. Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan.
Tuangkan kuah topping hingga habis.



Dah siap...boleh makan yeaaahhhh~

Saturday, 18 February 2017

Jumaat yang santai.

Selamat Petang semua...

Hari ni rasa sihat kembali...sejak Jumaat lalu tekak tidak sihat. Badan rasa macam mau demam...buat kerja pun tidak selesa. Sampaikan nak menulis pun rasa terganggu.

Hari ni balas balik apa yang tertinggal hihii~ entri ni sepatutnya saya tulis pada hari Jumaat lalu...sebab kejadian terjadi hari tersebut. Oleh kerana kurang sihat segalanya terhenti...maaf...

Seperti biasa hari Jumaat merupakan hari untuk non core subject...so, saya pilih untuk buat aktiviti simple dengan budak. 

Kali ni melibatkan bentuk. Sambil mereka buat art sambil mereka belajar bentuk.



Selepas mereka melukis bentuk2 yang ada mereka akan gunting bentuk2 tersebut untuk menghasilkan apa2 sahaja mengikut kreativiti mereka sendiri. Ada yang buat rumah, ada yang buat kereta api dan sebagainya.

Sekian cerita dari kami Ang Tiong Loy Childrens home Rotary.


Thursday, 16 February 2017

Diabetes ikhtiar dengan Vivix

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit popular menyerang rakyat Malaysia. Diabetes merujuk kepada bacaan gula (glukosa) dalam badan kita yang melebihi paras normal. Gula merupakan sumber tenaga bagi badan kita tetapi jika berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan.




Pengambilan Vivix Shaklee yang berterusan membantu merawat diabetes selain berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat serangan dariradikal bebas. Ada juga penyakit diabetes sembuh dengan mengamalkan vivix Shaklee.


Vivix adalah satunya suplemen di dunia yang mampu . Vivix sangat bagus untuk merawat penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi. Jika ada antara kita yang menhadapi penyakit 3 serangkai, saya syorkan amalkan Vivix Shaklee.


Bagaimana Vivix Shaklee membantu merawat diabetes?


Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan

Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”)

Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak.  Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.


Mengawal kepekatan gula dalam darah


Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.


Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera


Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.


Mencegah pembentukan protein AGE


Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.



Mari kita tengok testimoni merekan yang berjaya sembuh dengan mengamalkan Vivix.



TESTIMONI








Mencegah lebih baik daripada mengubati. Beringat sebelum sakit. Jika kamu penghidap diabetes boleh lah cuba ikhtiar dengan Vivix. 


Vivix boleh anda dapat dengan membeli sendiri dengan menggunakan kad debit/kad kredit.


KLIK DISINI




atau

Hubungi saya di talian 011.1514.8693 sms/wa


Sleyviana Ruth aka MumyVusak

SID 967721