Resepi kek batik

Mau buat kek tak semestinya mesti ada ketuhar tau...haaa~ ada jeee kek yang tak perlu guna ketuhar...Kali ni share resepi kek batik...100% tak perlu menggunakan ketuhar.




Bahan-bahan

1 bungkus (350g) biskut Marie
Setengah buku mentega
2 biji telur
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan Milo
1 cawan air
3/4 cawan gula

**Milo dan koko tu terpulang pada citarasa. Nak rasa coklat yang kuat...guna 1 cawan koko + 1/2 cawan Milo, nak rasa yang agak kurang coklat, guna 1cawan Milo + 1/2 cawan koko

Cara-cara

1. Patah-patahkan biskut.

2. Dalam periuk, campurkan koko, Milo, air dan gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua larut.

3. Masukkan mentega, kacau sampai mentega cair.

4. Kecilkan api, masukkan telur. Kacau sampai agak-agak pekat (lebih kurang 30 saat). Padamkan api.

5. Masukkan pula biskut yang dah dipatahkan tadi. Kacaukan sampai semua biskut dah diselaputi coklat. (Sukatan biskut terpulang pada citarasa. Kalau nak banyak coklat, guna sikit saje).

6. Masukkan dalam loyang..tekan-tekan sikit bagi padat. Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.

Dah siap boleh makan dengan keluarga...

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Laksa Penang

Resepi Cheesekut Mudah dan Senang