Santai Sabtu

Petang Sabtu yang lepas kami hantar anak-anak ke Klinik Kesihatan Sultan Ismail. 10 orang dari 16 orang diserang batuk selesema.

Normal lah kan bila sudah tinggal satu bumbung, seorang sakit yang lain pun mesti terjangkit. Mujur lah hari Sabtu tidak ramai orang. Mudah untuk mengurus anak-anak ni.


Selesai saja berklinik kami terus pergi ke kedai mamak. Kami menjamu selera di sana sebelum pergi ke gereja. Kebetulan pagi tu ada Chinese visitor datang bagi Ang Pau dengan anak-anak ni. Jadi mereka request makan di luar guna duit Ang Pau mereka.




Sekali sekala bawa mereka keluar makan. Happy tengok mereka senyum sampai telinga hihihii~ masing-masing khusyuk dengan makanan mereka.

Selesai makan kami terus ke gereja. Lebih kurang dalam jam 12.30am kami sampai di Home. Masing-masing layan penat & mengantuk dah budak-budak ni hihii~ 


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Laksa Penang

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Cheesekut Mudah dan Senang