Friday, 31 March 2017

Resepi Laksa Penang

Laksa Penang




Bahan bahan

Laksa

2 kg ikan kembung - rebus & ambik isi

2 biji bawang besar

15 bawang merah

2 ibu jari belacan
1 senduk cili kisar

22 keping asam keping

2 bunga kantan - belah 4

1 ikat daun Kesum

Garam


Telur - rebus & belah 2

Timun - hiris

Salad - hiris
Bawang besar - hiris

Cili hidup - hiris
Limau kasturi - belah 2
Daun pudina - jika suka

Cili padi - jika suka
Otak udang - jika suka


Cara cara:

Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah. Blend isi ikan jangan sampai hancur kerana saya suka kuah yang terasa isi ikannya. Bahagian kepala ikan dan tulang diblend dan ditapis airnya.


Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air rebusan ikan. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.


Masukkan isi ikan yang dikisar halus, yang dikisar kasar dan juga isi ikan yang dicarik carik sahaja. Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatannya.


Bolehlah dihidangkan dengan meletak laksa di dalam pinggan, tuangkan kuah laksa ke atasnya. Taburkan bahan bahan dan sayuran yang dihiris.

Selamat mencuba!

Thursday, 30 March 2017

8 Kebaikan Segelas Air Putih




Kira-kira 70% dalam tubuh manusia terdiri daripada air. Ia berfungsi melancarkan perjalanan sistem dalam tubuh. Jika mengalami kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan berlaku pelbagai masalah kesihatan. Oleh itu pentingnya air kosong ini saya kongsikan kebaikan segelas air putih yang anda minum setiap hari kepada kesihatan anda.

1. Kulit Cantik & Sihat

Miliki kulit cantik bukan hanya dengan mendapatkan rawatan luaran sahaja. Ia perlu bermula dari dalam. Hal ini berlaku kerana apabila bekalan air mineral di dalam tubuh berkurangan maka racun tidak boleh keluar sehingga boleh menimbulkan masalah kulit. Masalah kulit yang paling kerap terjadi adalah jerawat. Jika jerawat sudah tumbuh itu memberi isyarat mudah tentang kesihatan kulit anda. Untuk dapatkan kulit cantik dan sihat perlukan minum air kosong atau air putih secukupnya setiap hari. Cuba anda amalkan pasti akan rasai perbezaan.

2. Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang menjadi tempat “lalu lintasnya” air. Kurangnya minum air mengakibatkan racun terkumpul dalam buah pinggang. Apabila ia sukar keluar, lama-kelamaan boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang.Minum banyak air putih untuk membersihkan buah pinggang sekaligus menghindarkan daripada diracuni.

3. Lemah Sendi

Jika anda hadapi penyakit lemah sendi sila baca dengan sini. Tidak hanya tulang sahaja, sendi juga memerlukan air agar tersimulasi dengan baik. Kekurangan air pada bahagian sendi menyebabkan ia menjadi haus. Akhirnya ia lemah dan tidak mampu menampung atau menyokong pergerakan tulang dengan baik. Meraka yang obesiti atau gemuk selalu hadapi masalah lemah sendi ini. Oleh itu banyakkan minum air putih bagi membantu menyokong sendi anda.

4. Pedih Ulu Hati

Pedih ulu hati membuatkan anda rasa pahit pada bahagian kerongkong. Tidak lama selepas itu, anda berasa panas dan tidak selesa pada kerongkong. Ramai orang merasakan keadaan tidak selesa ini disebabkan pengambilan makanan pedas sehingga meningkatkan pengeluaran asid. Walhal kurang minum air putih juga boleh membuat asid dalam perut bertambah. Ini disebabkan kurangnya cecair yang boleh menurunkan pengeluaran asid tadi. Dah makan pedas tu nanti jangan lupa untuk minum air putih secukupnya ya sebab kebaikan segelas air putih ini untuk elakkan sakit pedih ulu hati.

5. Awet Muda

Tidak hanya lelaki, wanita juga takut kepada tanda-tanda awal penuaan. Munculnya garis-garis penuaan di wajah. Tidak perlu bimbang fikirkan cara rawatan yang mahal untuk mencegah penuaan. Cukup sekadar minum banyak air bagi memenuhi keperluan tubuh anda. Ini kerana air bermanfaat untuk memperbaiki sel kulit serta menghidrasi kulit dengan baik. Oleh kerana itu usahakan agar anda minum sekurang-kurangnya dua liter sehari. Lebih baik lagi jika air yang anda minum mengandungi oksigen di dalamnya. Ia membantu melancarkan perjalanan darah.

6. Kegemukan

Bagaimana air membantu anda untuk atasi masalah kegemukan dan kuruskan badan? Pada tubuh manusia, rasa dahaga dan haus adalah dua perkara yang hampir sama. Anda pun akan mengalami keletihan saat rasa dahaga datang dan untuk mendapatkan tenaga dengan segera anda akan makan secara berlebihan. Sedangkan anda sebenarnya tidak lapar tetapi hanya kekurangan air dalam badan. Untuk atasi kegemukan ini salah satunya pastikan minum air secukupnya setiap hari.

7. Sembelit

Sembelit tidak hanya disebabkan kurangnya pengambilan makanan berserat. Salah satu puncanya adalah kurang minum air putih. Ia menyebabkan dehidrasi dan melambatkan pergerakan usus. Banyak sisa makanan terenap dalam usus akhirnya sembelit berlaku. Air mainkan peranan yang besar untuk elakkan sembelit berlaku kepada anda.

8. Alergi

Dehidrasi atau kekurangan air mampu meningkatkan risiko terkena alahan. Ketika kekeringan, saluran udara dalam tubuh ikut terpengaruh. ia akan menyebabkan alergi terutamanya yang berkaitan dengan saluran pernafasan. Penyelesaiannya adalah perbanyakkan minum air terutamanya air putih agar mendapat kadar oksigen yang tinggi .

Wednesday, 29 March 2017

Rahsia jadi hot mumy lepas bersalin.

TESTIMONI KURUS DENGAN VIVIX





Master Nana

"And suprisingly, after two weeks berturut-turut nana makan vivix secara konsisten, antara kesan yang nana dapat ialah

1) Berat badan turun 6kg! TEngok perbandingan dalam gambar di atas

2) Kulit semakin LICIN dan FLAWLESSS.. Ramai tegur kulit nana nampak makin glowing mowing especially bila jumpa dekat luar.. Sampai tak keruan jadinya tau.. *gediks tampo kang*

3) Kulit semakin CERAH SEKATA dan TEGANG.. Well you ollsss.. Vivix ni anti-aging TERBAIK satu dunia.. Memang TAK MUNGKIN lah kalau vivix tak dapat membantu anda untuk dapatkan kulit yang cantik ye..


4) Muka semakin RUNCING.. Yang ni memang ketara.. Ramai yang beritahu nana sebelum ni nana nampak kurus kat badan *ilusi optik..mereka tertipu* tapi muka je bulat tembam.. Haha! Actually nana suka je muka tembam macam ni.. Nampak comel sikit hahahktui Tapi kalau dah itu kesan yang ku terima selepas makan vivix, daku relakan sajooo..."


FROM:nana


[VIVIX SUPPLEMEN TERBAIK UNTUK IBU BERPANTANG & KULIT CERAH BERSERI]
.

"Saya ambil Vivix sebagai alternatif untuk mengelakkan dari pengambilan lain-lain vitamin sebab saya ni jenis payah nak konsisten kalau nak kena telan banyak-banyak terutamanya bila nak kena telan kapsul atau pun tablet..
Amazing experience bila saya ambil Vivix semasa dalam tempoh berpantangkan baby ketiga saya Qaisarah..
Saya tak ambil apa-apa ubat untuk sembuhkan luka dari klinik ataupun ubat kecutkan rahim dari mana2 klinik swasta..
Alhamdulilah luka bersalin sembuh dalam masa kurang 14 hari.. Anak-anak saya dari sulung sampai la si baby ni semua kena kuning.. Saya hanya upkan dose pengambilan Vivix dari 1 sudu ke 2 sudu daily.. Alhamdulilah bacaan kuning baby back to normal dalam masa 1 mggu.. Syukur sangat-sangat sebab tak payah ulang alik ke hospital... Fobia dgn kakak dan abg dia memang kena refer to hospital sebab bacaan kuning memang tinggi..
Yang paling terasa seronok sgt bila dalam pantang kawan-kawan yang datang ziarah mesti tgur kulit saya.. Berbeza sangat-sangat.. Dulu kulit saya kusam.. Tapi sekarang memang agak cerah dan kesan parut-parut lama dah makin hilang...
Masuk kerja selepas pantang ramai yang tanya saya makan apa sebab kulit muka nampak berseri dan cerah...
Suami sendri pun perasan..saya ingt dia saja-saja.. Tapi bila dah kawan-kawan sendri pun cakap benda yang sama..so saya pun perasan mmg kulit saya dh tak kusam mcm dulu lagi..."

Tuesday, 28 March 2017

TESTIMONI KURUS DENGAN VIVIX


TESTIMONI KURUS DENGAN VIVIX
"Jiran sebelah beli VIVIX untuk kurus.... Igt kurus skit je, sekaliiii hamikkk BERAT TURUN 20KG DALAM MASA 2 BULAN..😱 Ambil dalam tempoh berpantang lepas bersalin ceased..😊😊 Kalau perasan, akak ni bukan setakat berat badan kurus je, kulit dia pon cerah dari sebelum ni👍 Kannn dah cakap.. VIVIX ni memang SIRAP AJAIB, sedap dan EFFECTIVE And And And Sekarang tengah PROMO! BOLEH BLI DENGAN HARGA MURAH! Banyak kan VIVIX boleh buat, nak CANTIK boleh, nak KURUS boleh, nak ELAKKAN KANSER boleh, bantu pesakit KENCING MANIS, DARAH TINGGI dan lain2 lagi.. Pendek kata SEMUA BOLEH dengan hanya SESUDU SEHARI"


FROM:akish





Ibu anak 2 ni juga minum vivix.Inilah hasilnya .Berbeza ditahun 2014 dengan 2015.

Vivix the best!!


Monday, 27 March 2017

Kurus Dan Seksi Selepas Bersalin

Biasanya semasa berpantang, ramai wanita yang berlapar kerana berusaha menurunkan berat badan. Kurus dan seksi selepas berpantang memang idaman semua wanita. Maklumlah berat badan semasa mengandung 3 kali ganda dari berat badan normal.


Jadi semua suami mesti memberi sokongan sepenuhnya jika isteri mahu kurus semasa dalam pantang. Kurus dan seksi selepas berpantang sangat baik untuk kesihatan dan penampilan wanita anda tau...

Salah satu dari cara suami menunjukkan sokongan sepenuhnya kepada isteri dengan belanja isteri beli supplement yang boleh mengembalikan bentuk badan asal isteei tercinta heee~

Saya syorkan Vivix. Ini kerana Vivix sangat mudah di amalkan. Hanya minum sesudu kecil setiap hari untuk mengembalikan bentuk badan yang kurus dan seksi...

Mari kita tengok pengalaman mereka yang mengambil Vivix selepas bersalin.

TESTIMONI







BAGAIMANA VIVIX BERTINDAK?


Macam mana vivix bertindak? Ok, secara umumnya, vivix ni tinggi kandungan antioksidan dan resveratrol yang bertanggungjawab bukan sahaja melindungi sel malah DNA. Bila sel kita dalam keadaan sihat, sistem dalam badan dapat berfungsi dengan baik. Maka proses penyembuhan selepas bersalin juga dapat berjalan dengan baik.


Selain itu, Vivix juga akan membantu dengan biogenesis mitokondria atau pusat janakuasa tenaga. Dalam bahasa mudahnya, tenaga kita dihasilkan melalui mitochondria ni (dalam sel). Bila semakin banyak mitochondria terhasil, semakin banyak tenaga boleh dihasilkan. Hasilnya, badan kita akan rasa lebih cergas dan bertenaga. Bonus lagi, membantu menguruskan badan tau! Sebab lemak-lemak semua pun akan digunakan untuk hasilkan tenaga. Best kan?

Kena cuba sendiri baru tau best ke tak best. Hihihii~

Mau hadiahkan isteri anda dengan Vivix?

Hubungi saya,
011.1514.8693
Sleyviana Ruth
ID 967721

Sunday, 26 March 2017

Lebatkan Rambut Jarang Dan Gugur Dengan Bahan Semulajadi

Lebatkan Rambut Jarang Dan Gugur Dengan Bahan Semulajadi 


KACANG HIJAU

Ambil kacang hijau dan rendam sepanjang malam.Kemudian tapiskan kacang hijau tadi dan ambil air dari kacang hijau tersebut.Air kacang hijau itu kemudian disapu ke kulit kepala anda dan sila sapu dan picit kulit kepala anda pelahan-lahan.Cara ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut yang baru.


DAUN PANDAN

Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk dan campurkan dengan sedikit air dan perah.Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi dan kacau sehingga rata.Biarkan setengah hari dan anda boleh ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut anda.Biarkan untuk selama lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum bilas dengan air.Lakukan seberpa kerap yang boleh bagi mendapatkan hasilnya.


MINYAK KELAPA HIJAU

Lebatkan rambut anda dengan gunakan minyak kelapa hijau dan sapukan pada rambut dan biarkan semalaman sebelum bilas dengan air bersih.Lakukan beberapa kali dan lihat hasilnya.


DAUN LIDAH BUAYA

Gunakan lidah buaya dan daun bunya raya yang telah ditumbuk sehingga hancur.Kemudian sapukan dan perap bahan-bahan tadi pada rambut anda dan biarkan selama lebih kurang sejam sebelum bilas dengan air.Lakukan 3 atau 4 kali seminggu.


BUAH NANAS

Ambil buah nanas dan kisarkan sehinggan menjadi seperti jus dan biarkan selama sehari.Selepas itu, anda boleh sapukan jus nanas tadi ke kepala anda dan biarkan selama lebih kurang setengah jam.Sila lakukan 3,4 kali seminggu dan tengok ada perubahan atau tidak.



A vast array of frehs fruits and vegetables. Healthy eating!! Shallow dof



VITAMIN NATURAL

Benda yang anda makan juga memainkan peranan dalam cara lebatkan rambut anda dengan berkesan.Ambil banyak makanan yang mengandungi Vitamin seperti Vitamin A, vitamin B atau vitamin D.Banyakan makan sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang menguatkan akar rambut anda.



SYAMPU RAMBUT HERBA

Sila gunakan syampu rambut yang terdiri daripada herba-herba dan bahan-bahan neutral asli.Gunakan dengan kerap dan secara berkala dan tengok hasilnyan selepas 2,3 bulan.Elakan menggunakan syampu rambut yang mengandungi banyak bahan kimia.



PENJAGAAN RAMBUT YANG BAIK

Lembabkan atau basahkan rambut anda dan jangan biarkan rambut anda kering untuk jangka masa yang lama.Kelembapan pada rambut memberi kesegaran kepada kulit kepala kita dan membuatkan rambut kita lebih sihat.



Catatan :-

Tips petua cara lebatkan rambut di atas boleh anda cuba jika ingin melebatkan rambut anda. Tiada jaminan tips-tips diatas akan berkesan 100% tetapi tidak ada salahnya untuk mencuba bukan?

Saturday, 25 March 2017

Movie Time

2 minggu lepas kami dapat jemputan dari Kiwanis Club Johor Baharu pergi menonton wayang. Sebelum ni mereka ada datang juga bawa sumbangan makanan dan minuman.

Hari ni hari yang di nanti-nantikan oleh anak-anak ni. Awal mereka bangun semangat mau pergi tengok wayang lah katakan hihii~ selesai bersiap semua tepat jam 9am kami bertolak dari HOME menuju ke KSL shopping center.

Tiba di sana dalam jam 9.45am. Kelihatan anak-anak dari pertubuhan lain juga sudah sampai. Menurut sumber Kiwanis Club nimenaja lebih kurang 1 ribu anak2 yatim dan kurang upaya menonton wayang.


Sebelum masuk kami sempat merakam gambar dengan President Kiwanis Club Johor Baharu dan beberapa ahli dan Pihak MBO KSL. Kami juga di beri goodies bag...yeayyy~ isi dalamnya pop corn, burger Marry Brown, air mineral & Orange Minute Maid.



Sebelum wayang bermula masing2 layan goodies bag masing2 hihihi~


Kami tengok movie kartun Smurft The Lost Village... sebenarnya wayang ni launching 4 April tapi kami tengok duluan hihihii~ seronok juga cerita dia. Best. Weekend bolehlah ajak anak2 pergi tengok bila sudah keluar di pawagam2.

Friday, 24 March 2017

Cuti sekolah banyak saja plan mau di buat dengan anak2. Tapi kali ni saya buat keputusan bawa anak2 balik Sungai Petani Kedah melawat nenek & atuk mereka. Memandangkan sudah 3 tahun tidak jumpa.


Sebenarnya keputusan ni pun di buat secara mendadak hahahahaa~ tiba2 hati terbuka mau bawa anak melawat mereka di sana. Sempena Tahun Baru Cina yang lepas mereka panggil ke sana. Tapi cuti agak kurang jadi saya cakap cuti sekolah lah baru ke sana.


Saya ambil keputusan untuk menaiki bas dari Johor Bahru untuk ke Sungai Petani Kedah. Tempoh perjalanan dari sana memakan masa lebih kurang 9 jam. Kami bertolak dari Stesen bas Ungku Tun Aminah Skudai Johor Bahru jam 11pm tiba di Sungai Petani Jam 9.20am. Kenapa tidak naik flight cepat sampai. Haa~ memang flight cepat sampai. Jimat masa lagi. Tapi dek kerana mau terapkan minat travel tu dalam diri c anak hihii~ lagi pun kalau balik Sabah pun naik flight juga kan...sekali sekala bagi pengalaman naik bas pula. Tambang dari Johor Bahru ke Sungai Petani RM240 pergi sahaja. Mahal ke murah? Mahal sebab cuti sekolah kata mereka. Normal rate hari biasa dalam RM75-RM80.

Sepanjang perjalanan anak memang tidur. Saya pun tidur juga sekejap2. Bus pun ada berhenti di setiap perhentian. Boleh la penumpang pergi tandas ke apa2 lah. Dalam keadaan travel dengan anak ni macam2 juga ada dalam kepala hahaa~ takut itu ini. Tapi tetap yakin yang Tuhan menyertai sepanjang perjalanan. Syukur selamat sampai tempat yang di tiju dengan selamat.

Seperti biasa kalau balik ke Sungai Petani aktiviti utama memang makan saja lah hahaa~ hari pertama di sana kakak ipar bawa sarapan terus lunch ni hahaa~ di restoran dim sum. Tau2 je kan adik ipar dia ni suka makan dim sum hee~ apa yang specialnya di kedai ni ada pau telur itik. Memang sangat2 sedap. Boleh bikin ketagih hahaa~

Seperti yang saya katakan tadi...kalau balik SP saja aktiviti tidak lain mesti makan. Makan makan dan makan hahaa~ saya anggap SP ni syurga makanan kedua selepas Penang hahaa~

Terasa masa tu bergerak sangat pantas. Masa untuk kembali semula ke JB. Kali ni balik naik Keretapi Tanah Melayu pula. Bukan keretapi zaman dulu2 lagi dah tau...upgrade sudah.sangat selesa, ada cafe lagi boleh la duduk minum sambil menghayati pemandangan sepanjang perjalanan.

Kami bertolak dari SP jam 2pm dengan menaiki ECS. Seronok la si anak...macam2 soalan dia tanya. Maklum la baru pertama kali naik keretapi hihii~

Kami tiba di JB Sentral dalam jam 1.30am sampai rumah dalam jam 2am. Penatnya jangan cakap la hahaa~ tapi ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan...lebih2 lagi travel dengan anak. Pengalaman & moments yang tidak dapat di mana2 atau di beli. Semoga rezeki saya dan anak2 semakin baik dan kami boleh travel lagi naik keretapi!! Yeayyy~ Targetnya ke Thailand pula!!hahaa~ doakan ya!!

Sekian cerita perjalanan kami anak beranak.





Thursday, 23 March 2017

Mudahnya berpantang dengan Vivix

Pengalaman berpantang anak pertama dengan anak kedua memang sangat berbeza. Pantangbanak pertama dulu saya tempah set bersalin dari 1 product ni...lupa dah apa nama dia. Dalam set tu ada mandian herba, bengkung, dan banyak lagi lah...memang tidak ingat sudah haha~

Pantang anak kedua ni saya minum satu benda saja tidak lain tidak asing lagi Vivix. Di samping B Complex dan juga Ostematrix. Tiga supplement ni sangat2 membantu saya sepanjang tempoh berpantang.

Kedua2 anak saya lahir normal tapi ada jahitan sikit. Cuma anak yang kedua ni saiz dia besar sikit dari anak yang pertama. Berbalik kepada cerita berpantang tadi. Sepanjang tempoh berpantang tu saya mengalami sembelit agak teruk. Seminggu selepas bersalin baru saya start minum Vivix. Bayangkan dengan sakit luka jahitan. Sembelit lagi...menangis la dalam tandas hahaa~ duduk dalam tandas tu mau berjam juga lamanya huhuu~

Ketiga2 supplement ni sangat membantu saya. Vivix mempercepatkan luka jahitan saya kering, Ostematrix bantu lawaskan saya dari sembelit dan B Complex bantu saya agar tidak stress hadap sembelit hihii~ kurang dalam seminggu luka jahitan saya sembuh. Bayangkan saya boleh berjalan macam orang yang sihat. Sampai mak & kawan saya tegur hahahaa~ Sikit sakit pun langsung tidak terasa. Yang saya rasa cuma badan saya rasa sangat cergas. Kalau anak pertama dulu sebulan tu la saya lemau lemah je...

Mari kita tengok ada apa dengan Vivix ni.


Bagaimana Vivix Membantu Ibu-Ibu Yang Bersalin Secara Caeserean atau Normal


1. Luka cepat sembuh.

Vivix adalah sumber antioksida dan mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi membantu dalam penyembuhan luka bersalin ibu.



2. Memperbaiki Sel-sel

Vivix juga membantu dalam membaiki sel-sel hingga ke peringkat DNA lagi. Ia akan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat dan panjang jangka hayatnya. Jadi luka kita tak nampak tu akan cepat sembuh dengan Vivix.



3. Memberi tenaga segera.

Dalam kandungan Vivix juga terdapat penjana tenaga yang dipanggil Mitochondria. Mitochondria membantu memberi tenaga yang ibu-ibu perlukan semasa berpantang. Sebab itulah ibu-ibu yang ambil Vivix semasa berpantang ni cepat sihat dan bertenaga.



4. Awet muda!!

Disebabkan Vivix ini membantu dalam melambatkan proses penuaan dalam badan kita , ibu berpantang yang mempunyai kulit kusam dan tak bermaya, menjadi bertambah cantik berseri.

Saturday, 18 March 2017

Rabbit yang comel.

Seperti biasa, Jumaat untuk subject art & economic home. Jadi saya buat keputusan buat art dengan budak-budak ni...

Saya ajak mereka buat rabbit!! Di perbuat dari bahan terbuang jer...



Sebenarnya idea ni saya dapat dari salah 1 page di FB...saya lupa sudah apa nama page tu...nanti saya kongsikan...berlambak2 idea korang boleh dapat dari sana...

Bahan-bahan yang diperlukan :

Bekas tisu roll (yang tengah2 tu)
Water colour.
Berus water colour.
Butang.
Marker pen.
Gunting.
Cutter.
Glue Gun.

Cara-cara:

1. Potong 1/3 dari roll tisu tu. Untuk jadikan telinga rabbit. Yang ni korang kena bantu budak kecik potong. Nanti luka sapa susah...kita juga kan heee~


2. Warnakan roll tisu dengan warna pilihan masing2. Kemudian keringkan di bawah sinaran matahari supaya cepat kering.

3. Sementara tunggu rabbit tu kering...warnakan pula bahagian yang separuh tu. Kemudian keringkan di bawah matahari.

4. Bila sudah kering, boleh la lukis corak2 apa2 mereka suka di badan rabbit tu...supaya x la nampak plain sangat hihii~ sebenarnya mau tengok kretiviti budak-budak ni macam mana je hee~ dah tu keringkan balik.

5. Lepas tu, gunakan glue gun untuk lekatkan butang. Yang ni pun kita kena tolong mereka buat. Sebab glue gun kn panas. Nanti melecur pula kan susah.

6. Bila bahagian telinga rabbit tu dah kering.boleh la lekatkan telinga rabbit tu sekali.

7. Last sekali lukis mata, mulut & misai rabbit guna marker pen.



Tadaaaaa!! Masing2 dengan rabbit dorang!! Comellll kan?? Heee~

Rabbit2 yang comelllll!!

Selamat Mencuba!!

Resepi Kuih Seri Muka

Salah satu daripada kuih Tradisional yang menjadi kegemaran saya dan juga anak...tapi anak saya makan yang hijau tu saja. Pulut dia bagi kat mumy dia hahahaa~ tak baikkkk tau...




Resepi Kuih Seri Muka

Bahan-bahan Lapisan Atas :

- 1 Cawan Beras Pulut
- 1 Cawan Santan
- Sedikit Garam

Bahan-bahan Lapisan Bawah :

- 1 Cawan Santan
- 5 Helai Daun Pandan
- Setengah Cawan Gula
- 1 Biji Telur
- 2 Sudu Besar Tepung Gandum
- Sedikit Garam

Cara-Cara Membuat :

1. Basuh beras pulut sehingga bersih.
2. Campurkan beras pulut bersama santan dan sedikit garam.
3. Masak guna rice cooker je, senang kan.
4. Bila dah masak dan agak suam, masuk dan tekankan dalam loyang.
5. Masukkan bahan-bahan lapisan atas ke dalam blender.
6. Blend kesemuanya sehingga hancur dan sebati.
7. Tapiskan bahan yang telah di blend kedalam loyang pulut tadi.
8. Kukus selama 30 minit, dengan api sederhana kuat.

Selamat mencuba!!

Tuesday, 14 March 2017

Ubat vs Supplement

PERBEZAAN ANTARA UBAT DAN SUPPLEMENT 



Ramai yang masih samakan ubat dengan supplement atau vitamin. Macam saya juga dulu-dulu vitamin dan ubat sama. Hakikatnya ia adalah benda yang berbeza.

Hari ni saya kongsi 3 perbezaan antara ubat dan supplement yang perlu kita tahu.


PERBEZAAN #1


UBAT              : Perlu diambil SEMASA SAKIT untuk MERAWAT penyakit. 

SUPPLEMENT : Boleh diambil bila-bila masa terutamanya SEBELUM SAKIT untuk MENCEGAH sebarang penyakit. 


PERBEZAAN #2


UBAT : Diperbuat daripada DADAH dan BAHAN KIMIA, boleh berikan KESAN SAMPINGAN BURUK untuk jangka masa pendek dan panjang. Overdose juga boleh membawa MAUT!!

SUPPLEMENT : Diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI seperti makanan seharian kita.


TAPI AWAS!! Ada juga supplement di pasaran yang ditambah dengan bahan-bahan kimia seperti Steroid dan hormon perangsang. Jadi wajib berhati-hati dengan jenis supplement yang anda ambil. Pastikan ia dijamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

PERBEZAAN #3


UBAT
: Merawat KESAN penyakit atau tanda-tanda sakit.


SUPPLEMENT : Merawat PUNCA penyakit. Mengandungi NUTRISI yang diperlukan sel badan setiap hari. 

Monday, 13 March 2017

TESTIMONI

APA KATA MEREKA SELEPAS IKHTIAR DENGAN VIVIX


"Batuk kering sembuh dengan Vivix"


"Bebas tibi selepas amalkan Vivix"


"Vivix berjaya sembuhkan tibi ayah mentua"

Jika ada di antara ahli keluarga atau kawan2 anda yang menghidap tibi boleh lah cuba ikhtiar dengan Vivix.

Berminat untuk mencuba Vivix boleh hubungi saya,

Sleyviana Ruth
SID 967721
SMS/WA 011.1514.8693


Rawatan Alternatif Penyakit Tibi

Penyakit tibi atau batuk kering ni merupakan penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang cepat dan sempurna.

APA ITU TIBI?

Penyakit tibi (Tuberculosis) atau batuk kering ni disebabkan oleh kuman TB (Tubercle Bacili) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian badan yang lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinngang dan kulit.


Cara jangkitan Penyakit Tibi


Kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit tibi akan mengeluarkan kuman tibi ke udara apabila batuk dan bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ni terdedah kepada jangkitan kuman tibi.


Tanda & Gejala penyakit Tibi

Berikut adalah tanda-tanda seseorang dijangkiti penyakiti tibi:

📍 Batuk berterusan lebih dari 2 minggu
📍 Kahak yang mengandungi darah
📍 Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
📍 Susut berat badan dan hilang selera makan
📍 Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
📍 Mudah letih

APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit tibi, anda akan diminta:


📍 Melakukan pemeriksaan kahak
📍 Menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat



Cara merawat Penyakit Tibi

DOTS (Directly Observed Treatment - Shortcourse) atau 'Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus' merupakan kaedah untuk merawat tibi.

Rawatan ini dijalankan selama 6 bulan supaya semua kuman tibi di dalam dan di luar sel badan dapat dibunuh sepenuhnya.

2 bulan pertama pesakit perlu menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih.

Selepas itu, pesakit perlu terus mengambil ubat 2 kali seminggu selama 4 bulan di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik.

Antara ubat yang diberikan adalah:

Isoniazid
Rifampicin
Pyrazinamide
Streptomycin
Ethambutol
Ubat-ubatan ini akan memberi kesan sampiangan kepada pesakit seperti loya, muntah, rasa gatal badan dan keletihan

Selain rawatan DOTS ni, pesakit Tibi juga boleh mencuba rawatan alternatif lain.

Antaranya adalah dengan pengambilan Vivix.




Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan serta membersihkan saluran pernafasanResveratrol telah terbukti mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paruMembantu mempertingkatkan imunisasi tubuhMembantu memberi tenaga kepada pesakit


Berminat nak cuba Vivix untuk masalah tibi atau batuk kering boleh hubungi saya ya.

Sleyviana Ruth
SID 967721
011.1514.8693

atau

Jika anda ingin membeli sendiri dengan menggunakan debit/kredit kad 

Sunday, 12 March 2017

Resepi Ayam Masak Merah

Ayam masak merah ni memang jadi kegemaran dari dulu lagi...1st time makan ayam masak merah ni masa pergi hari raya rumah kawan dulu masa form 1...haaa lama betul dah tu hihii~ ayam masak merah unty tu memang meletup kaw2 punya sedap...boleh buat tambah nasi ulang2 hahaa~ itu kalau tak tau malu la kehkehkeh~

Sejak dari tu start la belajar masak ayam masak merah sendiri...walaupun rasa dia tak sama macam unty tu masak...hihii~



Ayam Masak Merah


Bahan bahan:

1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.

2 kuntum bunga lawang

1 batang kulit kayu manis

2 sudu besar sos cili

60 ml santan

250 ml air

3 biji tomato - belah 4

Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah

Minyak utk menumis
Kacang peas - opsyenal


Bahan bahan kisar halus:

4 biji bawang besar

5 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

2 cm halia

15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar


Bahan bahan hiris:

3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland

5 ulas bawang putih

2 cm halia - hiris jadi 3 keping


Cara cara:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.


Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.


Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.


Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.


Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.


Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.

Selamat Mencuba!!

Saturday, 11 March 2017

Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi

10 Tips Hilangkan Parut Jerawat 


1. Aloe Vera atau Lidah Buaya
Lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur.

Aloe Vera juga bersifat lembut, maka susah nak overdose walaupun letak banyak-banyak. Tapi tak perlu banyak pun, sikit cukup. Lidah Buaya boleh didapati di farmasi, tapi kalau tanam sendiri pun dia senang tumbuh.

Caranya: patahkan daun, ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama setengah jam, kemudian cuci muka macam biasa.

2. Baking Soda

Atau nama lainnya natrium bikarbonat. Bahan ni ada dalam semua rumah, sebab banyak kegunaannya. Antaranya meghilangkan parut jerawat.

Khasiatnya: Baking soda ini menyerap masuk ke dalam pora kulit dan membersihkannya dan juga mengelakkan jerawat baru naik.

Caranya: Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, jangan cair sangat. Bagi pekat, macam pes. Lumurkan campuran ini ke muka anda di mana paling banyak parut.

Pastikan anda cuci muka guna moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap dua hari sekali.

3. Minyak kelapa dara

Di pasaran sekarang terdapat banyak virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. Sememangnya ia lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yang tak menggunakan haba.

Caranya: titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan anda dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak, dan biarkan sahaja, tak perlu cuci. Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda daripada parut jerawat.

Kalau rimas, biarkan setengah jam sebelum cuci dengan cleanser biasa

4. Timun

Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium - semua yang terbaik untuk kulit anda.

Caranya: hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.

5. Madu

Semua sedia maklum bahawa madu adalah raja segala makanan. Tapi malangnya kebanyakan madu dalam pasaran adalah madu yang diproses, dan telah hilang khasiat perubatannya. Cari madu lebah asli, kalau tak petua ni tak jadi.

Caranya: madu lebah asli, ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk urutkan kulit muka. Jangan banyak sangat. Madu liar ni panas. Dah urut, biarkan sahaja. Tak payah bilas. Biarkan mukjizat Nabi Ayub ni laksanakan tugasnya!

6. Lemon

Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat.

Caranya: Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering.

Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

7. Ubi Kentang

Tahukah anda jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Selain itu, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah.

Caranya: hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka. Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.

8. Bedak sejuk

Bedak sejuk memang popular sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit muka. Bedak sejuk menyerap minyak dan mengosongkan pora, dua punca utama jerawat.

Caranya: tumbuk sikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat. Lumur dan urutkan campuran pada kulit muka dan biarkan semalaman. Pagi sebelum solat Subuh basuh dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

9. Air tebu

Air tebu mengandungi asid glycolic, juga sejenis asid AHA seperti jus lemon tadi. Ia menghilangkan sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baru.

Caranya: campurkan 2 bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon, dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.

10. Vitamin E

Yang ini paling mudah. Semua sedia maklum bahawa Vitamin E memang vitamin penjaga kulit.

Caranya: Pecahkan kapsul vitamin E yang dibeli di farmasi. Biasanya vitamin E dijual dalam bentuk minyak. Lumurkan minyak tersebut pada kulit muka yang berparut. Biarkan 15 minit dan cuci dengan moisturizer.

Sarapan Pagi Berkhasiat Tinggi

Resepi kali ni sangat-sangat sesuai untuk mereka yang selalu kejar masa. Tidak sempat untuk menyiapkan sarapan.

Sarapan ini sangat simple dan sedap...di jamin anda akan berasa kenyang sepanjang hari.

Sangat sesuai juga untuk mereka yang sedang berdiet.


Bahan-bahan:

2 sudu ESP

1 biji pisang

1-2 sudu besar mentega kacang atau mentega badam

1 cawan susu pilihan

Maple sirap atau agave secukup rasa (jika anda suka sedikit manis!)

Ais cube

Cara-cara :

Masukkan semua bahan bersama-sama dalam pengisar sehingga berkrim.

SELAMAT MENCUBA!!

Friday, 10 March 2017

Resepi Ambuyat

Ambuyat adalah makanan tradisi masyarakat Brunei, Sabah dan Sarawak. Ambuyat ni berasal dari pokok rumbia kemudian di jadikan tepung sagu.

Mau cuba makanan tradisi kami? Jom kita tengok cara2nya.



Bahan A

1 kg (6 cawan) sagu rumbia
Air panas yang baru dimasak
1 liter (4 cawan) air

Bahan B

600 g ikan putih/tongkol/tenggiri/kurau/senangin
40 g (5 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih
10 g (2 sm) kunyit hidup  ditumbuk kasar
10 g (2 sm) halia
3 g (5 biji) cili padi
30 g (2 batang) serai, diketuk
5 g (5 keping) asam keping
9 g (1 sudu teh) garam
625 ml (2 cawan) air

Bahan C

500 g (60 pokok) pucuk paku, dibersihkan dan dipetik
3 g (1/2 sudu teh) garam
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
20 g (3 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih ditumbuk
10 g (1 sudu makan) belacan
125 ml (1/2 cawan) air
1 biji cili merah (dihiris) untuk hiasan

Cara memasak

Bahan A

Cara membuat ambuyat:
1. Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
2. Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.
3. Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih. Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat (seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak).

Bahan B

1. Ikan dibersih dan dipotong 5 keping.
2. Masak di dalam periuk bersama-sama dengan bahan-bahan lain. Rebus sehingga masak.

Bahan C

1. Panaskan minyak di kuali dan tumis semua bahan yang ditumis sehingga naik bau.
2. Masukkan sayur pucuk paku dan garam. Tambah 1/2 cawan air. Masak hingga empuk. Hiaskan dengan cili merah.

Nota:

1. Ambuyat dimakan menggunakan candas (atau kayu penyepit) dan dicelup dengan kuah ikan dan terus dimakan bersama-sama dengan sayur pucuk paku.
2. Sagu adalah makan ruji untuk kaum Bisaya. Resipi ini adalah makanan seimbang, kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat serta rendah lemak dan garam.
3. Bagi Semenanjung Malaysia yang susah untuk mendapatkan sagu rumbia, boleh diganti dengan biji sagu atau sagu ubi yang mana perlu dimasak diatas api sehingga sagu kelihatan jernih.



# Makanan ini baik dimakan sewaktu masih panas.

Wednesday, 8 March 2017

Rahsia Sihat, Cantik dan Awet Muda

Vivix Shaklee Melambatkan Proses Penuaan


Vivix Shaklee adalah antara makanan tambahan terbaik dari Shaklee..menjadi pilihan mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan..dan juga untuk awet muda..



Apakah sebenarnya Vivix ini?



Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.

Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Apa kata mereka?





Jom sama-sama ubah untuk jadi lebih sihat. Ingin mencuba Vivix?

Hubungi saya melalui WhatsApp 011.1514.8693

Atau

Jika anda ingin membeli sendiri dengan menggunakan debit/kredit kad

Tuesday, 7 March 2017

Rawat Vertigo secara semulajadi.


APA ITU VERTIGO?


Vertigo ialah situasi dimana seseorang akan merasa  seperti kepala atau  yang boleh menyebabkan seseorang.



Pernah tidak anda merasakan anda sedang bergerak atau berpusing-pusing atau merasakan bilik yang bergerak sedangkan anda sedang berdiri atau sedang terbaring?

Tahukah anda vertigo boleh disebabkan beberapa masalah berbeza yang membabitkan telinga dan otak? Dan ada diantaranya tidak serius, manakala ada yang boleh mengancam nyawa.

APA YANG SHAKLEE BOLEH BANTU?



Vivix : Anti-oksida yang terbaik dihasilkan oleh Shaklee yang merangkumi semua keperluan dalam tubuh badan seperti pemulihan fungsi sel, melambatkan pembentukan protin AGE (advanced glycation end product) yang boleh menggangu keutuhan sel. Disamping itu juga, Vivix ini menguatkan sistem imun bagi membantu melawan penyakit-penyakit lain. Seperti merendahkan tekanan darah, tahap kolestrol,mengurangkan artritis, anti-inflamasi, mengawal selia insulian atau diabetic dan banyak lagi

Performance Drink : membekalkann tenaga segera

B-Complex : B6 yang terkandung didalam B Complex penting untuk membantu dan mengeluarkan antibodi baik. Ianya juga membantu pembinaan protein dalam tubuh. Membantu hati menghasilkan Glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel mati dan memelihara sistem saraf serta berfungsi sebagai anti stress.

'SR Vita-C Plus : bertindak sebagai anti-histamin. Menentang infeksi bakteria serta radikal bebas. Meningkatkan sistem imun dimana membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Ianya juga merupakan anti oksidan yang kuat.

Lecithin : Amat diperlukan dalam fungsi saraf dan fungsi otak dengan membekalkan kolina untuk mempertingkatkan daya ingatan,meringankan stres dan menyihatkan sistem saraf.

Vita-Lea : multivitamin dan mineral yang mengandungi 30 nutrisi lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan bagi melengkapi kekurangan nutrisi.

CoQHealth Plus : membekalkan ko-enzim Q10 yang membantu meningkatkan pengaliran darah ke otak

APA KATA MEREKA?

TESTIMONI


"Selepas konsisten Vivix 3 botol Vertigo ibu sembuh...tangan ibu kebas2 pun kurang"


"Vertigo sembuh - 1 sudu setiap hari"




"Vertigo kembali normal"


"Konsisten Vivix Vertigo sembuh"

HUBUNGI SAYA!

Sleyviana Ruth
SID 967721
WA/PM 011.1514.8693

Atau

Jika anda ingin membeli Vivix sendiri dengan menggunakan debit/kredit kad

Klik

BELI DI SINI!