Thursday, 20 April 2017

Makanan Tambahan anak-anak pilihan ibu Moden



Mealshakes merupakan sumber protein yang lengkap dengan penambahan vitamin dan mineral. Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh anda dan seisi keluarga dan amat diperlukan dalam perkembangan kesihatan anda sekeluarga.

Mealshakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein, termasuk asid amino perlu dan tidak perlu.




Mealshakes dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti mudah diserap oleh sistem tubuh dari peringkat bayi hinggalah orang dewasa.

Mealshakes minuman yang lazat berperisa vanilla..Baunya yang harum macam aiskrim..Kanak-kanak memang akan suka. Ia menmgandungi nutrisi lengkap di manaMealshake mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh.


Mealshakes diibaratkan sebagai snek dan makanan segera yang berkhasiat bukan sahaja untuk anak-anak anda malah untuk seisi keluarga. Sajian yang lazat, murah dan cepat untuk disediakan. Ia boleh diambil pada bila-bila masa sahaja. Mealshakes mengandungi Indeks Glisemik yang rendah, rendah kolesterol, lemak dan natrium.


7 kebaikan Meal Shakes


1. Meal Shakes menyediakan nutrien yang lengkap
Memberi 24 jenis vitamin penting dari vitamin A ke Z mineral dan mineral surih. Kekurangan mineral akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin yang menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

2. Meal Shakes menyediakan bekalan nutrien utama untuk sel
Kaya dengan protein dan tidak mengandungi laktosa yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut, organ, darah, sel-sel vaksin yang lain-lain. Ia turut meningkatkan imun kanak-kanak.

3. Meal Shakes untuk fungsi tumbesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar kanak-kanak.

4. Meal Shakes untuk antioksidan
Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan komponen antioksida untuk melawas penuaan. Kanak-kanak juga terdedah kepada radikal bebas yang boleh melemahkan sel badan.

5. Meal Shakes dapat mencantikkan kulit
Mengandungi vitamin B-Complex, zat besi dan copper untuk membentuk sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus meningkatkan warna kulit muka dan mencantikkan kulit anak anda.

6. Meal Shakes agen detoksifikasi
Kaya dengan serat larut yang membantu (peristalsis kolon dan perut atau pergerakan usus) untuk mengeluarkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. Meal Shakes dapat atasi masalah sembelit yang sering berlaku kepada kanak-kanak.

7. Rasa yang enak untuk semua golongan
Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi, penambahan nutien yang perlu untuk badan, tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

Kenapa Meal Shakes baik untuk kanak-kanak?

1. Kanak-kanak tiada atau kurang selera makan atau memilih makan
Ini merupakan masalah yang selalu berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 6 tahun. Kanak-kanak menjadi cerewet dan kurangs elera makan. Biarpun ibu menyediakan makanan yang ditatrias cantk, namun si anak hanya menjamah sedikit dan meninggalkannya begitu sahaja. Apabila aak kurang selera makan, tandanya anak-anak kekurangan vitamin yang jika tidak dipantau akan menjadi tabiat tidak suka makan di kemudian hari.

2. Kanak-kanak gemar makanan segera atau makanan ringan
Apa yang ibu takutkan adalah apabila anak mula gemar makanan ringan atau makanan segera yang sudah diketahui tidak baik untuk kesihatan. Ibu disarankan memantau paten pemakanan anak dan memastikan mereka mendapat makanan seimbang dalam diet harian. Perlu diingat Meal Shakes tidak menggantikan makanan seimbang tetapi lebih kepada melengkapi diet pemakanan seharian dan mengembalikan selera makan anak anda kepada makanan harian yang seimbang.


Kanak-kanak yang mengalami kekurangan vitamin dan zat mineral dalam badan darip perolehan makanan harian mereka mudah dijangkiti flu dan demam. Dengan Meal Shakes, segala yang diperlukan badan anak-anak akan dibekalkan di dalam bancuhan Meal Shakes setiap hari.


Meal Shakes bukan hanya tertumpu untuk membekalkan nutrien kepada kanak-kanak yang kurang selera makan, tetapi juga yang aktif bersukan dan bermain seharian. Mereka memerlukan tenaga untuk terus aktif di dalam kelas mahupun di taska. Jadikan Meal Shakes sebagai hidangan minuman ketika sarapan untuk anak anda. InsyaAllah anak akan lebih fokus di kelas dan tidak mengantuk, tidak penat dan lapar di waktu pagi.


Sangat menyedihkan melihat anak kecil menangis apabila mengalami sembelit. Ramai yang berjaya atasi sembelit anak mereka setelah menggunakan Meal Shakes. Kaya dengan serat yang menggalakkan pergerakan usus dan menjadikan anak kecil kita lawas di bilik air.


Berbeza dengan kapsul boleh telan yang lain, Meal Shakes menyediakan segala sumber multivitamin lengkap beserta protein (pemberi tenaga segera) dan serat di dalam bentuk serbuk yang boleh dibancuh.

Meal Shakes mudah dibancuh dengan minuman kanak-kanak, jus atau air sejuk dan perisa French Vanilla memberi bau yang wangi serta rasa yang lazat.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Shaklee yang sesuai dengan tahap kesihatan anda,anda boleh menghubungi saya.

FB: Sleyviana Ruth
📱: 011.1514.8693 wasap/telegram

Cream Multi-Purpose Pilihan Ramai

Berapa Tempoh Kegunaan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?



Dengan kapasiti 113mg, krim ini boleh digunakan untuk satu tempoh jangka masa yang panjang. Ia bergantung kepada cara penggunaannya. Melalui pengalaman saya, sudah setahun saya menggunakannya namun kini masih berbaki. Saya menyimpan krim ini untuk kegunaan kecemasan keluarga seperti gigitan serangga, ruam anak dan untuk urut badan yang lenguh. Tahan lama. Berbaloi dengan harganya yang sangat berpatutan.

Krim ini diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu tumbuhan seperti sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary. Tumbuhan-tumbuhan ini telah digunakan sejak berzaman untuk kecantikan kulit. Bukan itu saja ia sangat banyak kegunaannya.




Apa Keistimewaan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?


● Dingin pada kulit
● Ekstrak herba semulajadi
● Tidak berminyak
● Mudah meresap
● Aroma menyenangkan
● Mudah digunakan
● Mudah dibawa ke mana sahaja
● Sesuai untuk semua golongan
● Dijamin berkesan
● Halal
● Tanpa paraben dan steroid


Apa Fungsi Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?


● Melembutkan kulit / tumit kasar @ pecah
● Merawat ruam susu / ruam panas / ruam lampin / muka / kepala
● Menghilangkan luka dan merawat eczema
● Melegakan gigitan serangga / nyamuk
● Merawat kulit gatal
● Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox
● Losyen harian untuk kulit kering
● Krim urut badan lenguh
● Merawat kesan luka melecur
● Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat
● Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
● Ubat luka atau melecur
● Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
● Menghilangkan parut
● Losyen harian
● Baik untuk demam ( disapu di seluruh badan dan setengah jam akan berpeluh bermakna badan sedang respons pada krim tersebut bagi mengeluarkan haba berlebihan dalam badan).
● Membuang angin pada perut bagi memberi keselesaan pada perut anda
● Membuang selulit serta  memecahkan lemak berlebihan.


Siapa yang boleh guna?


● Bayi
● Lelaki mahupun wanita
● Pesakit Ekzema ( masalah kulit )
● Bakal ibu yang bakal menimang cahaya mata / bayi
● Mereka yang mahu kempiskan perut buncit dan berlemak
● Mereka yang mahukan kulit sentiasa cantik dan lembut
● Mereka yang sering demam
● Kanak-kanak yang sering berkudis dan gatal-gatal badan
● Warga emas

Pertanyaan, tempahan & konsultasi
Hubungi saya:

❤ Sleyviana Ruth
📱011.1514.8693 wasap/telegram

Anak Ceria, Ibu Gembira

Sebagai ibubapa kita berhak untuk memilih yang terbaik untuk anak-anak. Kita boleh membantu mereka untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik dengan memberikan mereka makanan tambahan yang penuh khasiat vitamin dan mineral semulajadi dan lebih selamat untuk kesihatan mereka.


Supplement Shaklee adalah 100% diasaskan daripada bahan semulajadi dan ianya selamat dan tidak memudaratkan kesihatan kanak-kanak. Tidak mengandungi bahan pengawet tiruan, bahan perisa, pewarna dan yang paling penting ianya telah diuji dengan lebih dari 80,000 ujian termasuk ujian klinikal. Istimewanya produk Shaklee, ia hanya menjalankan ujian ke atas manusia sahaja dan tidak menggunakan sebarang jenis haiwan dalam ujikaji mereka.


Antara cadangan set kesihatan Shaklee untuk kanak-kanak ialah:


1. Kanak-kanak berusia antara 1 – 3 tahun :

    - Mealshake, Omega Guard dan Nutriferon


2. Kanak-kanak berusia antara 4 - 12 tahun :

    -   Omega Guard, Nutriferon, Chewable Vitamin C, Vita Lea for Kids dan Mealshake


3. Kanak-kanak 12 tahun ke atas :

   - Omega Guard. Nutriferon, Chewable Vitamin C, Vitalea for Kids, B Complex, Carotomax dan Vitamin E.




Selain dari meningkatkan sistem imun tubuh untuk melawan jangkitan virus, bakteria dan radikal bebas, vitamin-vitamin ini juga membantu anak lebih cerdik, lebih fokus dalam pelajaran, meningkatkan daya ingatan serta membantu meningkatkan selera makan anak-anak kita. Jadi, semuanya terletak di tangan kita sebagai ibu bapa untuk memilih apa yang terbaik untuk kesihatan permata hati, anak-anak syurga kita itu. Duit ringgit sudah tidak bererti bila anak-anak sering sakit dan hilang keceriaan mereka.

Ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak anda? Hubungi saya, untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

FB: Sleyviana Ruth
📱: 011.1514.8693 wasap/telegram

Tuesday, 18 April 2017

Bebas Sakit Sendi dan Lutut

Testimoni-Testimoni Penghidap Sakit Lutut/ Sakit Sendi Yang Mengamalkan Vivix

#1 Sakit Sendi Hilang Dengan Vivix


#2 Selepas konsume Vivix seminggu tidak komplen sakit kaki dan sendi


#3 Sakit Lutut Hilang Berat Pun Turun


Sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya :

📱 ➡  011.1514.8693
FB ➡ Sleyviana Ruth



Atasi Sakit Sendi atau Lutut dengan Mudah




Sendi adalah hubungan antara dua tulang atau lebih, Nama lain dari sendi adalah Artikulasi . Otot dengan tulang dihubungkan oleh jaringan ikat yang dinamakan tendon. Sendi membuat tulang-tulang dapat digerakan. Untuk memperkuat sendi dan memudahkan pergerakaan, dibutuhkan beberapa komponen penunjang seperti :



Ligamen adalah jaringan ikat yang berfungsi mengikat bagian luar ujung tulang yang membentuk persendian, Selain itu, adanya ligamen juga dapat mencegah berubahnya posisi tulang (dislokasi).


Kapsul adalah lapisan serabut yang berfungsi melapisi sendi dan menghubungkan dua tulang yang membentuk persendian. Terdapat rongga di bagian persendian yang memiliki kapsul.

Cairan Sinovial adalah cairan pelumas yang ada dibagian kapsul.



Vivix Supplement Terbaik Untuk Bantu Kurangkan Sakit Sendi Dan Lutut


Kenapa saya cakap Vivix ni bukan saja boleh gantikan AJHT malah lebih bagus lagi? Ini kerana dalam satu jurnal kajian saintifik bertajuk Scientific Evidence and Rationale for the Development of Curcumin and Resveratrol as Neutraceutricals for Joint Health (Int J Mol Sci. 2012; 13(4): 4202-4232.), dapat disimpulkan bahawa telah terbukti resveratrol boleh membantu:

● Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi.

● Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi.




Seterusnya penyelenggaraan yang baik pada sendi normal, juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah (faedah yang positif) daripada segi:

● Kelebaran ruang sendi (joint space width on radiographs).
● Pergerakan.
● Kekakuan (stiffness).
● Ketidakselesaan sendi.




Secara spesifiknya kajian saintifik ini dijalankan terhadap penyakit osteoarthritis (OA), iaitu sejenis penyakit pada sendi yang serius. Yang mana terjadinya radang pada sendi atau kerosakan pada tulang rawan. Orang yang sakit sendi biasa, kalau tak cegah daripada awal sangat mudah nak kena OA ni.


Kalau nak lebih faham secara ringkasnya, kajian menunjukkan resveratrol (bahan utama dalam Vivix) berkesan untuk mengatasi masalah keradangan, antioksidan, memperbaki DNA dan menghalang sel daripada bermutasi. Ia bukan saja sangat bagus untuk sendi malah baik untuk pelbagai penyakit lain seperti kanser, Diabetes, Darah Tinggi, Jantung dan banyak lagi.

Jika anda atau keluarga anda menghadapi sakit sendi atau lutut, saya sangat menggalakkan anda untuk mencuba Vivix. Anda boleh hubungi saya melalui whatapps 011.1514.8693 atau jika anda ingin membeli sendiri dengan menggunakan debit atau kad kredit anda boleh klik link di bawa ini.








RESEPI CAKOI MUDAH

BAHAN BAHAN
(15-20 ketul)

400g tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar majerin
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat/susu tepung
1 biji kuning telur – tak letak pon boleh
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

CARA CARA

1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
2. Masukkan tepung sikit demi sikit sambil uli. Jika dah tuang semua tepung masih lagi lembik adunan tersebut, boleh la tambah2 sikit tepung sampai menjadi doh. Alter2 lah sikit ye.
3. Uli sehingga doh tak melekat pada mangkuk. Rehatkan selama 30 minit untuk naikkan sikit doh tersebut.

Penyediaan
Ambil doh tadi dan buat step seperti di bawah untuk dijadikan cakoi :
1. Canai doh memanjang bentuk segi empat tepat.
2. Potong doh lebih kurang 1-1.5 inci.
3. Cantumkan dua doh yg dipotong tadi,
4. Ambil lidi dan tekan sikit bahagian yg dicantum tu untuk menampakkan lagi seperti cakoi. Pastikan lidi dicelup air sebelum berbuat sedemikian.
5. Sediakan minyak untuk menggoreng. Bila dah panas, ambil doh cakoi tadi. Sebelum dimasukkan kedalam kuali, tarik doh tadi memanjang. Gunakan api yg kecil sikit ye. Takut dalam tak masak pulak. Buat sehingga habis.
6. Boleh dicicah dengan sos kegemaran.

Selamat mencuba !!

Saturday, 15 April 2017

Cara terbaik untuk menghilangkan jerawat.

16 Cara Terbaik Untuk Menghilangkan Jerawat dalam 1 Hari



Sesiapapun tidak patut hidup dengan kulit berjerawat terutama sekali jika anda bakal menghadapi hari yang istimewa tidak lama lagi. Dengan produk dan teknik yang betul, anda boleh mula menghilangkan noda kulit yang muncul tiba-tiba dengan secepat yang boleh. Walaupun selalunya adalah mustahil untuk menghapuskan jerawat sepenuhnya dalam masa satu malam, banyak yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan saiz dan kerengsaan jerawat anda dengan segera.

Lihat Juga: 20 Cara Menghilangkan Parut dan Luka Jerawat Dengan Cepat

Bahagian 1 dari 4: Menyediakan Muka AndaCara 1: Basuh muka

Untuk menghilangkan jerawat, anda perlu mulakan dengan membersihkan muka anda. Jerawat mengandungi bakteria yang telah menawan liang pori muka anda dan langkah pertama ialah dengan melawan balik menggunakan pembersih jerawat yang lembut tetapi berkesan.

Setengah orang menggunakan tuala kecil apabila membersihkan muka mereka tetapi tangan juga berkesan malah tidak merengsakan. Ambil jumlah pembersih jerawat seperti yang diarahkan, campurkan dengan air suam dan dengan lembut, gosokkan pada muka anda dalam gerakan membulat.Cara 2: Kelupas kulit anda



Biasakan diri untuk mengelupas kulit dengan skrub jerawat setiap minggu, ya setiap minggu! Pengelupasan bermaksud menanggalkan dengan lembut lapisan atas sel kulit mati yang terkumpul di atas epidermis seterusnya membuka laluan untuk lapisan kulit baharu yang berseri dan bebas jerawat. Apabila anda membasuh muka anda dengan pengelupas yang lembut, berhati-hati untuk tidak menggosok terlalu kuat.

Cara 3: Bilas secukupnya



Gunakan air sejuk dan bilas muka anda secukupnya sambil menggosok dengan lembut.

Air hangat akan membuka liang pori dan membenarkan pembersih jerawat untuk membersihkan pori dengan secukupnya manakala air sejuk pula akan menyempitkan saluran darah dan menyebabkan pori dan kulit di sekitarnya menjadi ketat.Bahagian 2 dari 4: Menggunakan AstringenCara 4: Gunakan astringen pada bahagian kulit yang terlibat



Astringen ialah agen yang menyebabkan kulit mengecut atau mejadi lebih kecil. Sesetengah rawatan jerawat komersil menggunakan pelbagai agen anti bakteria, antimikrob dan sebatian astringen untuk melawan jerawat dan melicinkan kulit. Walau apapun yang anda rancang untuk guna bagi membersihkan kulit anda, astringen adalah cara paling cepat dan paling berkesan untuk melakukan semua itu sekiranya anda mempunyai masa yang terhad.

Cara 5: Cuba sedikit benzoil peroksida



Benzoil peroksida digunakan untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Benzoil peroksida boleh didapati dalam beberapa kepekatan namun tahap keberkesanan benzoil peroksida dengan kepekatan 2.5% sama sahaja seperti larutan dengan kepekatan 5-10% malah ia kurang merengsakan kulit. Benzoil peroksida juga membantu mengelupas lapisan-lapisan kulit mati dan meninggalkan kulit baharu yang lebih cerah dan lebih muda di tempatnya.

Cara 6: Gunakan asid salisilik



Seperti benzoil peroksida, asid salisilik membunuh bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan jerawat tumbuh. Ia juga menyebabkan sel kulit untuk bersalin dengan lebih cepat lalu menggalakkan tumbuhnya kulit baharu. Sapukan sedikit asid salisilik pada kawasan kulit yang terlibat sebelum anda masuk tidur iaitu selepas anda selesai membasuh muka anda.

Cara 7: Cuba astringen semula jadi

Anda mungkin mempunyai sesuatu di dalam almari makanan atau peti sejuk anda yang mempunyai kualiti astringen yang anda boleh guna tanpa perlu pergi ke kedai. Jika anda sedang cuba menghilangkan jerawat secepat yang mungkin, bagaimana jika anda gunakan salah satu daripada bahan-bahan semula jadi yang berikut:

Kulit pisang amat membantu dalam merawat gigitan serangga dan nyamuk dan boleh membantu mengurangkan saiz jerawat. Gosok kulit pisang pada kawasan kulit yang berjerawat dengan lembut. Juga cuba kisar kulit pisang bersama secubit garam, satu sudu teh cuka dan satu sudu besar sirap mapel di dalam pengisar. Sapukan pada muka dan biarkan selama 7 minit. Basuh dengan pembersih muka dan keringkan.Gunakan witch hazel. Satu lagi astringen yang bagus dengan banyak kegunaan. Cari witch hazel yang tidak mengandungi alkohol. Sapukan sedikit pada bahagian yang berjerawat dan biarkan kering.Teh hijau ialah sejenis astringen yang penuh dengan antioksidan yang membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan melawan radikal bebas. Rendam satu beg teh dalam sedikit air panas, keluarkan beg teh bersama semua air dan letakkan di atas bahagian kulit berjerawat sekejap.Buah tomato mempunyai asid yang akan memecahkan jerawat dan mengecilkannya. Asid ini menutup liang pori dan melawan bakteria. Sapu setengah biji buah tomato pada sebelah muka anda dan setengah biji pada sebelah yang satu lagi.Bahagian 3 dari 4: Menggunakan Remedi RumahCara 8: Sapukan kiub ais pada jerawat yang sedang membengkak



Gosokkan kiub ais pada jerawat itu sehingga bahagian tersebut rasa kebas. Apabila muka anda rasa kebas, berhenti. Biarkan muka anda sehingga ia kembali hangat.

Ais akan membantu mengecilkan saiz pori dengan menyempitkan saluran darah di bawah kulit. Jika jerawat anda menyakitkan, ais juga dapat melegakan kesakitan.Jika terdapat banyak jerawat di muka anda, lakukan mengikut bahagian. Apabila satu bahagian merasa kebas, beralih ke bahagian yang seterusnya.Ini ialah satu-satunya remedi ‘di rumah’ yang telah terbukti dapat mengurangkan saiz dan jumlah jerawat. Lain-lain kaedah untuk mengecutkan jerawat mempunyai rekod kejayaan yang terhad atau tidak disahkan.Cara 9: Cuba minyak pokok teh



Minyak pokok teh ialah minyak pati yang anti bakteria dan boleh menghapuskan mikrob yang telah menetap dalam liang pori anda. Dengan menggunakan penitis, titiskan sedikit minyak pokok teh ke atas putik kapas dan sapukan pada jerawat apabila diperlukan. Berhati-hati agar anda tidak meletakkan terlalu banyak.

Minyak pokok teh mempunyai ciri-ciri anti radang yang boleh membuat kesan merah dan saiz jerawat menjadi kurang ketara.Cara 10: Hancurkan beberapa biji aspirin



Hancurkan sebiji tablet aspirin dan campurkan air secukupnya untuk membuat pes. Dengan mengunakan putik kapas, sapukan pes aspirin tadi pada jerawat dengan perlahan-lahan, pastikan anda menutup keseluruhan kawasan berjerawat. Biarkan kering. Aspirin ialah satu lagi bahan anti radang. Maksudnya ia akan membantu kulit melawan keradangan, membuat jerawat menjadi kurang ketara. Biarkan pes aspirin melawan jerawat semalaman.

Cara 11: Cuba gunakan ubat gigi



Ubat gigi mengandungi silika yang merupakan agen pengeringan yang boleh kita dapati dalam daging salai, antara contohnya. Secara teori, ubat gigi boleh membantu mengeringkan jerawat anda dalam masa semalaman, mengurangkan saiznya walaupun ini bukan cara berkesan untuk membersihkan kulit anda.

Pastikan anda menggunakan ubat gigi semula jadi apabila anda menyapunya pada kulit anda. Sesetengah ubat gigi mengandungi natrium lauril sulfat yang boleh merengsakan kulit. Perhatikan dahulu label sebelum menggunakannya.Bahagian 4 dari 4: Mencari Penyelesaian Jangka PanjangCara 12: Tidur



Kurang tidur dan tekanan boleh menyebabkan perubahan hormon, dan ini boleh membuat muka anda lebih mudah ditumbuhi jerawat. Pastikan anda cukup tidur selama lapan jam setiap malam.

Cara 13: Hilangkan tekanan daripada hidup anda

Para doktor tidak pasti sepenuhnya kenapa tetapi mereka tahu bahawa terdapat perkaitan di antara tekanan dan masalah kulit, terutamanya tekanan dan jerawat. Atas sesuatu sebab, sel-sel yang menghasilkan sebum iaitu bahan yang akhirnya menyebabkan jerawat, menjadi tidak teratur apabila seseorang itu mengalami tekanan yang tinggi.

Cari ruang untuk lepaskan tekanan secara kreatif. Sesetengah orang menjauhkan diri daripada keadaan yang penuh tekanan dengan pergi bersiar-siar. Yang lain pula luahkan tekanan mereka ke atas kanvas dengan melukis. Walau apapun yang anda lakukan untuk melegakan perasaan, lakukan awal dan lakukan selalu.Cuba teknik meditasi. Jadi seorang yang sedar akan kewujudan tubuh anda, fokus pada pernafasan anda dan dengan perlahan-lahan tolak kesedaran anda itu ke arah batas luar tubuh anda dan hapuskan sama sekali semua yang ada dalam fikiran. Meditasi mengambil masa tetapi ia berbaloi.Cara 14: Selalulah mensyampu rambut anda



Minyak daripada rambut anda boleh menyebabkan jerawat. Selain daripada itu, tukar sarung bantal setiap minggu. Minyak yang berpindah ke sarung bantal daripada muka dan rambut anda selalunya adalah kotor dan merengsakan. Lebih baik ia dielakkan.
Jika anda berambut panjang, ikat di belakang, jauh daripada muka anda.

Cara 15: Bersenam



Bagi kebanyakan penyakit, selain daripada kerosakan otot dan tulang, bersenam adalah penyelesaiannya. Bersenam ialah pilihan yang bagus untuk peredaran darah dan apa-apa sahaja yang menggalakkan peredaran darah yang baik juga akan membuat kulit anda sihat dan kelihatan berseri. Dua perkara yang perlu diingat apabila anda membuat senaman:

Sentiasa pakai krim pelindung matahari jika bersenam di luar rumah. Kebaikan menggerakkan peredaran darah boleh diatasi oleh keburukan kerosakan kulit oleh matahari jika anda tidak berhati-hati. Pakailah krim pelindung matahari yang ringan dan tidak merengsakan atau memedihkan kulit anda.



Mandi atau bersihkan diri anda selepas anda bersenam. Apabila anda berpeluh, liang pori anda boleh tersumbat dengan sisa yang kotor dan masin hasil daripada senaman anda. Pastikan anda bersihkan badan terutamanya muka anda selepas bersenam.

Cara 16: Ambil ubat jerawat secara oral



Ini telah dibuktikan dapat mengurangkan atau menghapuskan jerawat dalam pelbagai cara. Berbincanglah dengan doktor atau pakar kulit anda tentang ubat-ubatan yang mungkin paling berkesan untuk anda.

Bagi wanita, kadang-kadang ubat perancang keluarga yang diambil secara oral digunakan untuk merawat jerawat. Ubat perancang keluarga mengatur hormon yang dihasilkan oleh tubuh dan mengurangkan jumlah jerawat tumbuh.Lain-lain antibiotik yang diambil secara oral menyerang bakteria yang menyebabkan jerawat. Ia boleh membantu dalam mengurangkan jumlah jerawat tumbuh dan juga melawan keradangan. Pesakit selalunya diberi dos yang lebih tinggi terlebih dahulu sebelum beralih ke dos yang lebih rendah.Bagi kes-kes yang lebih serius, isotretinoin atau Accutane boleh diambil melalui preskripsi. Isotretinoin ialah sejenis derivatif vitamin A yang mengecutkan kelenjar yang menghasilkan sebum. Ia mempunyai pelbagai risiko dan kesan sampingan, yang mana anda patut benar-benar fahami sebelum memulakan rawatan ini.Singkirkan produk tenusu. Disebabkan kandungan hormon dalam produk tenusu, banyak kajian telah menunjukkan ada perkaitan antara penggunaan produk susu dan jerawat. Ini mendorong sebuah jurnal dermatologi terkenal untuk menerbitkan sebuah editorial berkenaan “pemakanan tanpa tenusu”, bagi mengurangkan pengambilan produk tenusu untuk sesiapa yang berjerawat kepada sifar.

Cara saya belanjakan gaji Shaklee.

14 April 2017 semua Shaklee Independent Distributor gajian...masing-masing ada plan sudah macam mana mau belanjakan gajian masing2. Bestkan...orang lain tengah2 bulan sesak ni...kami boleh lagi bawa anak2 makan kat luar. Belanja beli apa2 yang patut. Best ke tak best?





Biasanya bila tiba masa gajian Shaklee ni saya akan bawa anak saya keluar makan. Sekali sekala keluar makan di luar seronok la dia. Lagi pun kerja saya sekarang ni agak terbatas mau keluar jalan2 seperti sebelum2 ni.

Gajian kali ni saya bawa anak saya pergi makan di restaurant Kenny Rogers. Rasanya ini pertama kali dia makan di KR ni. Selalu pilihan dia KFC, MCD & Pizza saja. Kali ni bagi dia cuba pula tempat lain. Bukan apa...mummy dia yang bosan makan KFC ,MCD & Pizza. 

1st time kan memang agak sukar sikit dia mau sesuaikan diri tu. Anak saya ni pemilih jga hahaa~ saya "pancing" dia dengan ais krim saja hahaa~ 

Selesai makan tu saya kami jalan2 keliling shopping mall tu. Cuci mata kononnya hahaa~ plan utama, sebenarnya mau pergi tengok wayang. Sekalinya budak bawah 18tahun tidak di benarkan masuk. Hahaha~ kecewaaaa la mummy huhuu~ tak pe...next time la mummynya pergi hahaa~

Bila nampak anak happy saya pun happy juga. Harap2 apa yang saya usahakan selama ni akan mendatangkan hasil lebih lagi. Korang pun boleh juga rasa macam saya. Tengah bulan dapat gaji. Boleh bawa anak2 jalan2. Seronok hihii~ mau rasa gaji tengah bulan? Cari jak MumyVusak. Kita cerita2. Heee~ 

Thursday, 13 April 2017

Cara mengatasi kayap


Kayap atau pun di panggil sebagai penyakit ular. Entri kali ni saya mau kongsi tentang kayap. Saya kena kayap ni 2015 masa tu langsung tidak tau pun pasal penyakit ni. Sudah kena baru tau hahaa~

Saya kena kayap ni sehari sebelum saya mau mendaki Gunung Kinabalu! Malam tengah packing barang yang mau di bawa tu pedih2 pula rasa di bahagian bawah payu dara. Masa tu tidak tau lagi yang pedih2 tu kayap. Esok pagi naik gunung dengan senggugutnya dengan pedih2 benda ni lagi ku gagahi juga langkah. Walaupun mau menangis sudah hahaha~

Seminggu lepas dari naik gunung tu makin teruk pula. Tapi keras kepala juga tidak mau jumpa doktor hahaa~ degilkan. Sudah tidak tahan haaaa~ baru laaaa pergi klinik...masa tu baru tau penyakit ni wujud!! Bhuahahaaa~ Okey,jom kita teruskan dengan kayap ni.




Dalam istilah perubatan, kayap dikenali sebagai herpes zoster. Punca penyakit kulit dan saraf ini terjadi adalah disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV) yang menyebabkan timbulnya ruam di permukaan kulit yang amat pedih dan muncul juga kelepuhan pada bahagian tertentu tubuh.

Ada 2 golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti oleh kuman VZV ini. Kedua-dua golongan ini mempunyai daya ketahanan sistem imun yang rendah.

Golongan yang lebih berusia iaitu umur lebih daripada 50 tahun. Semakin berusia, tanpa pengambilan supplemen seperti vitalea, sistem imun akan semakin berkurangan.Sistem pertahanan badan yang lemah disebabkan faktor tertentu seperti jangkitan kuman HIV dan kesan sampingan ubat seperti steroid.

Pencetus penyakit kayap ini adalah apabila virus VZV ini diaktifkan. Sebenarnya, virus ini sudah berada dalam tubuh apabila seseorang itu mengalami penyakit cacar air atau chickenpox. Setelah cacar air ini sembuh, virus tersebut berhibernasi dalam pusat saraf dan akan mula menyerang apabila sistem imun berkeadaan lemah. Ia akan menyerang urat saraf sehingga menyebabkan radang saraf.

Tanda-Tanda Jangkitan Kayap

Kayap biasanya akan menyebabkan radang urat saraf. Ia menyerang satu-satu kawasan tubuh sahaja seperti dada dan muka.



Simptom awal jangkitan kayap termasuklah:

Rasa kebas, sakit atau panas di bahagian saraf terlibatDemam, kepenatan dan sakit kepala.

Selepas itu tanda-tanda kulit pula akan muncul. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tompok-tompok merah yang memedihkan akan kelihatan. Selepas sehari dua, muncul pula gelembung-gelembung air kecil. Air tersebut berwarna kekuningan.

Lebih kurang 2 hari kemudian, air tersebut akan menjadi berubah warna menjadi keruh dan lama-kelamaan gelembung tersebut akan kering. Kulit kering tersebut akan jatuh sendiri dalam seminggu dua.

Wednesday, 12 April 2017

Mudahnya berhenti merokok.

Testimoni Berhenti Merokok dengan Mudah.




TESTIMONI #4:

Hantu rokok sejak berumur 14 tahun, pergi klinik berhenti merokok tetapi gagal, cuba rokok eletronik pun tak berjaya. Lepas cuba Vivix Shaklee, rasa hilang nikmat rokok tu. Akhirnya dapat berhenti merokok dan kini sudah setahun berhenti merokok.


Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya melalui wasap 011.1514.8693

Tuesday, 11 April 2017

Ikhtiar untuk berhenti merokok

TESTIMONI BERHENTI MEROKOK DENGAN VIVIX

TESTIMONI #1:


"Suami saya dah berhenti merokok. Ambil vivix tak sampai sebulan. My adik ipar pulak dah reduce smoking lepas ambil vivix."

TESTIMONI #2:




"Suami saya dulu memang susah nak berhenti merokok. Setiap tahun ada azamnya nak berhenti merokok tapi hanya cakap jer. Last tahun lepas saya ada bagi vivix, suami minum jer. Dia tanya ni vitamin apa sedap jer. Sampai sehari 2x minum. Bila time nak merokok hanya separuh je hisap. Dia kata rokok apa ni pahit semacam jer. Last rokok ada separuh kotak dia buang jer. Dah tak beli dah alhamdulillah."

TESTIMONI #3:





"My husband sendiri.. sebelum ini smoking kuat.. alhamdulillah lepas amalkan vitamin c dah kurang hisap rokok.. sehari ambil 1-2 batang. And now on vivix.. 2,3 hari sekali je dia hisap rokok tu. Tu pun dia kata tak habis. Insya Allah tak lama lagi terus stop la tu harapnya.. sebab kalau dengan saya seminggu, seminggu la dia tak hisap rokok."


Monday, 10 April 2017

Berhenti Merokok Dengan Cepat Dan Berkesan

Tahukah anda rokok mengandungi nikotin. Nikotin inilah yang menyebabkan anda jadi ketagih kepada rokok dan sukar meninggalkan rokok.

Nikotin yang menyebabkan DNA dalam badan menjadi rosak sebab ia adalah radikal bebas.

Apabila DNA rosak, maka ia akan menyebabkan sel-sel badan juga rosak. Inilah yang akan menyebabkan penyakit kanser dan penyakit-penyakit lain timbul. Malah, nikotin ini boleh berjangkit kepada orang yang berada berdekatan dengan perokok yang sama-sama menghidu asap rokok di situ.



Tips-tips yang saya kongsikan ini sesuai untuk:

● Perokok tegar yang dah mula merokok sejak zaman remaja seawal 14 tahun
● Bapa kepada anak-anak kecil yang serius untuk berhenti merokok
● Atasi ketagihan merokok, cabaran utama perokok untuk berhenti
● Dah cuba pelbagai cara seperti pergi kelas berhenti merokok tapi tetap gagal
● Azam anda tahun ini ingin berhenti merokok. Adakah ini juga azam anda pada tahun lepas?


BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU PEROKOK UNTUK BERHENTI MEROKOK?

Seperti yang saya terangkan tadi, apabila seseorang perokok menghisap rokok, nikotin akan turut masuk ke dalam badannya.

Nikotin ini akan duduk dalam badan dan merosakkan sel-sel dalam badan.

Apabila perokok itu mengambil Vivix, Vivix akan bertindak mencuci dan menyahkan kesemua toksin dan nikotin dan kesan ketagihannya yang berada dalam badan.

Dengan pengambilan Vivix secara konsisten, sedikit demi sedikit nikotin akan disingkirkan dan menyebabkan lama kelamaan, perokok itu dah tidak boleh menerima kehadiran nikotin yang baru apabila beliau hendak menghisap rokok.

Badan yang sihat dan badan yang normal sememangnya bukan lah tempat untuk nikotin, maka apabila sel-sel badan telah pun dibersihkan dari semua nikotin ini, kehadiran nikotin yang baru akan terus ditolak oleh badan perokok itu menyebabkan beliau tidak mampu lagi hendak menghisap rokok.

Vivix akan menyebabkan rokok yang anda hisap terasa pahit dan amat tak sedap. Sebab sel-sel dalam badan anda menolak rokok secara automatik.

Tambahan pula,  ramai pengguna mengakui Vivix mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk jantung. Again, ini kerana sel-sel dalam badan akan terus menerus direpair oleh vivix tanpa membuang masa seterusnya menghasilkan sel-sel baru yang lebih baik dan sihat. Apabila badan kita penuh dengan sel-sel baru, makan secara automatiknya badan akan lebih sihat dan bertenaga.




Harga Vivix Shaklee

Sebotol Vivix dengan 150ml ini berharga RM 475

Mahal?
Sebenarnya harga Vivix ni adalah sangat murah jika dibandingkan dengan perbelanjaan anda membeli rokok.

Tak Percaya?

Saya andaikan anda penghisap rokok jenama Dunhill.
Satu kotak dengan 20 batang harganya RM16 sekotak.
Jika anda perokok tegar saya andaikan anda menghisap 1 kotak setiap hari

RM16 x 30 Hari = RM 480 sebulan
Jika setahun: RM480 x 12 Bulan = RM5,760

Sedangkan anda hanya perlukan Satu Botol Vivix sahaja untuk membuatkan anda berhenti merokok dan rasa benci pada rokok.

Jadi jika benar anda ingin berhenti merokok demi diri anda sendiri, untuk isteri tercinta dan anak-anak anda, inilah masanya.

Jangan berlengah lagi hubungi saya segera. Saya akan guide anda macam mana cara pengambilan Vivix dengan lebih berkesan.

Jika inilah yang anda mahu, mulakan langkah pertama anda hari ini juga.

Apa kata mereka yang sudah berjaya? Boleh baca disini.



CARA ORDER

Cara Pertama

Hanya beli secara online menggunakan kad kredit/kad debit dan pihak Shaklee akan hantar terus Vivix ke rumah/pejabat anda. Mudah saje, hanya klik link di bawah:




Cara Kedua

Untuk order Vivix Shaklee Atau Beli 2 Vivix Dapat Diskaun 5% + percuma jadi ahli Shaklee Daftar Jadi Ahli Bernilai RM69. (Untungnya kalau beli 2 botol terus! ) ni, whatsapp sahaja 011.1514.8693

Sunday, 9 April 2017

Landmark Study ni dan kenapa Roger tak jual Shaklee lepas tu?


Seorang pakar EPidemiology dan Public Health bernama Dr Glady Blocks memang sangat mengambil berat tentang pemakanan dan diet rakyat Amerika. Visi yang sama menemukan beliau dengan Roger Barnett yang mencari saintific efidence bahawa produk SHAKLEE memberi impak kesihatan pada manusia. Jadi, setelah berjumpa dengan Roger Barnett, Shaklee bersetuju dengan syarat yang di kemukakan oleh Dr Glady Blocks untuk menjalankan Landmark Study dan memasukkan satu kumpulan pengguna Shaklee sebagai kumpulan responden.





Roger Barneet yang mahukan bukti kukuh bahawa produk Shaklee memang memberi kesan baik


Shaklee Landmark Study yang dijalankan selama 3 tahun dari 2004 hingga 2007 memang menunjukkan pengguna vitamin Shaklee mendapat kesihatan yang lebih baik, berbanding dengan pengamal vitamin lain, dan juga bukan pengamal suplemen. Nampak tak ? Sebagai seorang pencinta vitamin Shaklee, tentu kita semua bangga dengan pencapaian ini, kerana Shaklee sahaja yang betul-betul teruji dan diiktiraf oleh pihak ketiga yang mempunyai autoriti dalam bidang nutrisi . Dalam gambar ini secara mudahnya, menukar brand vitamin akan menukar tahap kesihatan anda. Keputusan ini juga menunjukkan pengamal shaklee tiada masalah buah pinggang. Darah pengamal shaklee mengandungi vitamin yang paling banyak, kerana vitamin Shaklee mudah di serap, berbanding vitamin lain. Walaubagaimanapun, kajian ini tidak menunjukkan makan suplemmen bukannya satu BULLETPROOF kepada penyakit kronik, cumanya risiko penyakit seperti diabetes dapat dikurangkan.





Keputusan Shaklee Landmark Study yang menunjukkan risiko penyakit yang berjaya diturunkan dengan pamakanan supplemen Shaklee.


Sekarang apa yang saya nak luahkan, atau ceritakan adalah dari sudut Roger Barnett pula. Kenapa keputusan ini sangat penting buat Roger ? Sebelum saya nak cerita tentang kehebatan Roger sebagai seorang businessman, saya nak anda bayangkan anda seorang pelabur dan multibilionaire macam George Soros, tak pun orang yang main hartanah macam Faizul Ridzuan. Anda pernah terfikir tak ? bila anda nak beli sesuatu hartanah, anda tentu buat kajian sedikit tentang latar belakang hartanah tersebut. Betul tak ? Lepas itu anda pun buat pinjaman, dan anda tentu sekali akan tunggu beberapa tahun, dan lihat bagaimana pelaburan berbaloi atau tidak. Biasanya, pelaburan akan menampakkan hasil pada 3 hingga 5 tahun. Ye, 5 tahun pertama, jika anda rasa hartanah itu sangat menguntungkan, tentu sekali anda akan simpan dan jaganya betul-betul, kalau tak menguntungkan, tentu sekali anda akan menjualkannya kepada orang lain. Seorang pelabur, ataupun businessman, memang dah faham adat resam untung rugi dalam business. Melabur duit banyak dan mengalami kerugian bukanlah ganjil dan pelik bagi businessman yang berjaya.




Shaklee diketuai oleh Roger yang mementing kesihatan dan mempunyai visi yang jelas


Jika anda faham contoh tentang pelaburan hartanah di atas, dan sifat seorang pelabur yang sejati, anda tentu boleh menghargai kredibiliti Roger Barnett sebagai seorang businessman. Bagaimana Roger Barnett membeli Shaklee dari syarikat Farmasi Jepun adalah kerana kesan produk Shaklee itu sendiri ke atas anaknya Spencer Barnett. Setelah melakukan kajian tentang Shaklee, akhirnya Roger dengan segak muncul di sidang media, diumumkan sebagai CEO baru Shaklee. Tapi langkah pertama membeli Shaklee belum tentu buat seseorang itu akan terus bersama Shaklee. Jadi, Roger Barnett dengan yakin sekali dengan permintaan Dr Glady Blocks untung melakukan satu Land Mark Study, di mana kredebiliti Shaklee akan tergugat, 50 tahun kewujudan Shaklee Corporation tercalar jika keputusan menunjukkan keputusan yang buruk terhadap pengamal Shaklee. Jadi, jika keputusan itu buruk, Roger Barnett tentu tiada masalah untuk menjual saham Shaklee kepada orang lain pula. Kerugian membeli Shaklee tentu sekali tidak akan menggugat Roger Barnett,yang sudah mempunya banyak sumber kekayaan , termasuklah Burberry dan Readers Digest.



Shaklee selepas Roger Barneet

Keputusan yang dikeluarkan oleh Dr Glady Blocks sangat sangat mengujakan Shaklee, dan juga Roger Barnett. Nampaknya keyakinan Roger tentang kehebatan produk Shaklee terbukti. Paling meyakinkan hanya Shaklee sahaja satu brand di dunia yang berani di uji kehebatan vitamin mereka berbanding brand lain. Dr Glady Blocks mengiktiraf, hanya Shaklee sahaja yang layak kerana kualiti dan juga beberapa kajian klinikal yang dilakukan terhadap vitamin Shaklee. Roger nampaknya tidak menoleh kebelakang. Pelaburannya untuk membeli Shaklee berbaloi, dan selepas Land Mark Study ini, Shaklee terus berkembang. Jika anda rajin mengikuti 100 years innovation of Shaklee, tahun 2007 adalah satu turning point yang sangat penting. Selepas Land Mark Study, Shaklee terus melabur banyak untuk melakukan kajian serta penambahbaikan kepada produk mereka.


Salah satu kesan/outcome dari Land Mark Study Shaklee ini ialah produk shaklee yang sangat power, diberi nama VITALIZER. Ye, kalau anda pernah baca sebelum ini, VITALIZER bukan sekadar makanan SID biasa, bukan sekadar multivitamin untuk ahli sukan, tapi ianya adalah pilihan ANGKASAWAN NASA. Mark Kelly menggunakan Vitalizer semasa misi di ISS pada tahun 2011. Tahun lepas pulak Scott Kelly, kembar Mark pulak berada selama setahun lebih di angkasa, 382 hari dipisahkan dengan Mark oleh NASA, hanya untuk menjalankan kajian kembar TWIN RESEARCH STUDY. Scott Kelly sentiasa mengamalkan Vitalizer setiap hari supaya kekal cergas di angkasa. Selain vitalizer, kita dapat tengok sendiri, Shaklee mengeluarkan vitamin anti-aging yang sangat power iaitu VIVIX pada tahun 2008, dan jugak produk lain seperti Mind Work pada 2014. Tahun 2015 shaklee melancarkan Dr Forrest Shaklee Innovation Center, dan tahun ini, di Orlando, Roger Barnett telah melancarkan aplikasi Health Print, yang dapat digunakan untuk membuat analisa tentang seseorang dengan cepat, dan vitamin yang sesuai untuk orang tersebut.


Sebagai seorang SID biasa, saya sangat sangat teruja dan kagum, bila mendapati kajian Land Mark Study ini sangat-sangat meyakinkan saya, vitamin Shaklee yang saya jual ini adalah vitamin world class, sangat berkualiti, digunakan oleh atlet olimpik yang memenangi pingat emas, dan juga digunakan oleh angkasawan NASA. Bagi saya Roger Barnett telah membawa Shaklee ke satu tahap yang tertinggi dalam dunia Nutrisi, sehingga Roger Barnett sendiri mengisytiharkan Shaklee sebagai tempat yang paling sihat dalam dunia ini. Roger Barnett telah mempatentkan banyak formula, dan juga marketing plan shaklee infinity yang tidak boleh ditiru oleh syarikat jualan langsung yang lain. Bagi saya, jatuh bangun saya dalam Shaklee, hanyalah satu perkara yang sangat sangat kecil, sangat biasa buat Roger Barnett. Dibandingkan dengan saya yang hanya membayar RM 70 untuk mendaftar sebagai seorang pengedar Shaklee, Roger Barnett pula telah membelanjakan berbilion ringgit, hanya semata-mata ingin membuktikan Shaklee adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang inginkan kesihatan yang terbaik. Business Shaklee juga adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang percaya kepada analisisi dan kajian, bukan jual produk laku keras tapi bahaya.


Sebab itu, saya sangat berharap, dan menyeru kepada kawan kawan SID lain, kita sama-sama datang ke Global Conference 2018 di USA dan berjumpa sendiri dengan Roger Barnett dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Kalau tak dapat datang US, datanglah setiap event shaklee, National Conference Shaklee tahun depan. Setiap program yang Shaklee Malaysia semuanya dibawah pemantauan Roger Barnett , businessman yang sangat optimis dengan kehebatan produk Shaklee dan impaknya kepada kehidupan kita. Dan paling penting, jangan berhenti buat business Shaklee, teruskan berkongsi kebaikan dan cerita ajaib pengamal Shaklee. Business Shaklee adalah suatu business yang sesuai untuk orang tiada asas MARKETING, tapi mempunyai jiwa yang suka BERKONGSI kebaikan kepada orang lain.

7 tahun selepas Land Mark Study pertama, Roger Barnett tidak berhenti berbangga dengan pencapaian itu, tapi pada tahun 2014, Shaklee telah sekali lagi melakukan Land Mark Study kedua. Kali ini pemenang noble dalam biologi, Dr Elizabeth Blackbun mengetuai kajian tentang TELOMERE, satu pelindung cap pada kromosom kita. Land Mark Study 2 boleh diibaratkan satu lagi ikrar cinta Roger Barnett terhadap produk Shaklee. Nanti lepas ni insyaallah saya akan bercerita pula tentang Land Mark Study Kedua Shaklee. Memang sangat menarik, kerana ianya melibatkan pengamal VIVIX SHAKLEE

Saturday, 8 April 2017

Cara buat ice cream paling senanggggg di dunia

bahan2 asas yang diperlukan untuk membuat aiskrim :


1 tin susu cair

1/2 tin susu pekat..(kalo aku lebih prefer suku tin je sebab manis sangat..so sesedap rasa la ye puan2..)

1 camca besar ovalett (wajib cari yang ada tanda halal ye..)

1 biji telur

1 camca teh esen vanila

pewarna dan perasa pilihan puan2.. :)



Bahan2 yang diperlukan..

Okey...so sekarang korang dah tau kan aku buat aiskrim perisa apa..?hehe..

Ya betullll...aiskrim oreo dan jagung...yummy! !



Masukkan kesemua bahan2 td kecuali pewarna dan perasa kegemaran ke dalam mixer atau blender (kalau tiada mixer)




Biar ja...bila dah 20 minit tu, stopkan mixer dan bahagi2kan adunan tadi ke dalam bekas2nya..

Macam aku aritu buat perisa jagung dan oreo...




So satu bekas tu aku letak emulco jagung macam gambar atas ni...



Oreo dihancurkan..




Lepas tu..masukkan oreo hancur tu ke dalam bekas...



Then kacau hingga sebati...


Dah siapppp...harap2 menjadi la.. :)


 Masukkan dalam tempat beku semalaman...


 Rasa dan texture dia memang macam Oreo McFlurry McD tu..kikikii..


Boleh letak Milo.


Ataupun Perisa Jagung.


Tadaaaa~ siapppp!!




So..senang kan..?


Hehe..selamat mencuba!!