Saturday, 15 April 2017

Cara terbaik untuk menghilangkan jerawat.

16 Cara Terbaik Untuk Menghilangkan Jerawat dalam 1 Hari



Sesiapapun tidak patut hidup dengan kulit berjerawat terutama sekali jika anda bakal menghadapi hari yang istimewa tidak lama lagi. Dengan produk dan teknik yang betul, anda boleh mula menghilangkan noda kulit yang muncul tiba-tiba dengan secepat yang boleh. Walaupun selalunya adalah mustahil untuk menghapuskan jerawat sepenuhnya dalam masa satu malam, banyak yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan saiz dan kerengsaan jerawat anda dengan segera.

Lihat Juga: 20 Cara Menghilangkan Parut dan Luka Jerawat Dengan Cepat

Bahagian 1 dari 4: Menyediakan Muka AndaCara 1: Basuh muka

Untuk menghilangkan jerawat, anda perlu mulakan dengan membersihkan muka anda. Jerawat mengandungi bakteria yang telah menawan liang pori muka anda dan langkah pertama ialah dengan melawan balik menggunakan pembersih jerawat yang lembut tetapi berkesan.

Setengah orang menggunakan tuala kecil apabila membersihkan muka mereka tetapi tangan juga berkesan malah tidak merengsakan. Ambil jumlah pembersih jerawat seperti yang diarahkan, campurkan dengan air suam dan dengan lembut, gosokkan pada muka anda dalam gerakan membulat.Cara 2: Kelupas kulit anda



Biasakan diri untuk mengelupas kulit dengan skrub jerawat setiap minggu, ya setiap minggu! Pengelupasan bermaksud menanggalkan dengan lembut lapisan atas sel kulit mati yang terkumpul di atas epidermis seterusnya membuka laluan untuk lapisan kulit baharu yang berseri dan bebas jerawat. Apabila anda membasuh muka anda dengan pengelupas yang lembut, berhati-hati untuk tidak menggosok terlalu kuat.

Cara 3: Bilas secukupnya



Gunakan air sejuk dan bilas muka anda secukupnya sambil menggosok dengan lembut.

Air hangat akan membuka liang pori dan membenarkan pembersih jerawat untuk membersihkan pori dengan secukupnya manakala air sejuk pula akan menyempitkan saluran darah dan menyebabkan pori dan kulit di sekitarnya menjadi ketat.Bahagian 2 dari 4: Menggunakan AstringenCara 4: Gunakan astringen pada bahagian kulit yang terlibat



Astringen ialah agen yang menyebabkan kulit mengecut atau mejadi lebih kecil. Sesetengah rawatan jerawat komersil menggunakan pelbagai agen anti bakteria, antimikrob dan sebatian astringen untuk melawan jerawat dan melicinkan kulit. Walau apapun yang anda rancang untuk guna bagi membersihkan kulit anda, astringen adalah cara paling cepat dan paling berkesan untuk melakukan semua itu sekiranya anda mempunyai masa yang terhad.

Cara 5: Cuba sedikit benzoil peroksida



Benzoil peroksida digunakan untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Benzoil peroksida boleh didapati dalam beberapa kepekatan namun tahap keberkesanan benzoil peroksida dengan kepekatan 2.5% sama sahaja seperti larutan dengan kepekatan 5-10% malah ia kurang merengsakan kulit. Benzoil peroksida juga membantu mengelupas lapisan-lapisan kulit mati dan meninggalkan kulit baharu yang lebih cerah dan lebih muda di tempatnya.

Cara 6: Gunakan asid salisilik



Seperti benzoil peroksida, asid salisilik membunuh bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan jerawat tumbuh. Ia juga menyebabkan sel kulit untuk bersalin dengan lebih cepat lalu menggalakkan tumbuhnya kulit baharu. Sapukan sedikit asid salisilik pada kawasan kulit yang terlibat sebelum anda masuk tidur iaitu selepas anda selesai membasuh muka anda.

Cara 7: Cuba astringen semula jadi

Anda mungkin mempunyai sesuatu di dalam almari makanan atau peti sejuk anda yang mempunyai kualiti astringen yang anda boleh guna tanpa perlu pergi ke kedai. Jika anda sedang cuba menghilangkan jerawat secepat yang mungkin, bagaimana jika anda gunakan salah satu daripada bahan-bahan semula jadi yang berikut:

Kulit pisang amat membantu dalam merawat gigitan serangga dan nyamuk dan boleh membantu mengurangkan saiz jerawat. Gosok kulit pisang pada kawasan kulit yang berjerawat dengan lembut. Juga cuba kisar kulit pisang bersama secubit garam, satu sudu teh cuka dan satu sudu besar sirap mapel di dalam pengisar. Sapukan pada muka dan biarkan selama 7 minit. Basuh dengan pembersih muka dan keringkan.Gunakan witch hazel. Satu lagi astringen yang bagus dengan banyak kegunaan. Cari witch hazel yang tidak mengandungi alkohol. Sapukan sedikit pada bahagian yang berjerawat dan biarkan kering.Teh hijau ialah sejenis astringen yang penuh dengan antioksidan yang membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan melawan radikal bebas. Rendam satu beg teh dalam sedikit air panas, keluarkan beg teh bersama semua air dan letakkan di atas bahagian kulit berjerawat sekejap.Buah tomato mempunyai asid yang akan memecahkan jerawat dan mengecilkannya. Asid ini menutup liang pori dan melawan bakteria. Sapu setengah biji buah tomato pada sebelah muka anda dan setengah biji pada sebelah yang satu lagi.Bahagian 3 dari 4: Menggunakan Remedi RumahCara 8: Sapukan kiub ais pada jerawat yang sedang membengkak



Gosokkan kiub ais pada jerawat itu sehingga bahagian tersebut rasa kebas. Apabila muka anda rasa kebas, berhenti. Biarkan muka anda sehingga ia kembali hangat.

Ais akan membantu mengecilkan saiz pori dengan menyempitkan saluran darah di bawah kulit. Jika jerawat anda menyakitkan, ais juga dapat melegakan kesakitan.Jika terdapat banyak jerawat di muka anda, lakukan mengikut bahagian. Apabila satu bahagian merasa kebas, beralih ke bahagian yang seterusnya.Ini ialah satu-satunya remedi ‘di rumah’ yang telah terbukti dapat mengurangkan saiz dan jumlah jerawat. Lain-lain kaedah untuk mengecutkan jerawat mempunyai rekod kejayaan yang terhad atau tidak disahkan.Cara 9: Cuba minyak pokok teh



Minyak pokok teh ialah minyak pati yang anti bakteria dan boleh menghapuskan mikrob yang telah menetap dalam liang pori anda. Dengan menggunakan penitis, titiskan sedikit minyak pokok teh ke atas putik kapas dan sapukan pada jerawat apabila diperlukan. Berhati-hati agar anda tidak meletakkan terlalu banyak.

Minyak pokok teh mempunyai ciri-ciri anti radang yang boleh membuat kesan merah dan saiz jerawat menjadi kurang ketara.Cara 10: Hancurkan beberapa biji aspirin



Hancurkan sebiji tablet aspirin dan campurkan air secukupnya untuk membuat pes. Dengan mengunakan putik kapas, sapukan pes aspirin tadi pada jerawat dengan perlahan-lahan, pastikan anda menutup keseluruhan kawasan berjerawat. Biarkan kering. Aspirin ialah satu lagi bahan anti radang. Maksudnya ia akan membantu kulit melawan keradangan, membuat jerawat menjadi kurang ketara. Biarkan pes aspirin melawan jerawat semalaman.

Cara 11: Cuba gunakan ubat gigi



Ubat gigi mengandungi silika yang merupakan agen pengeringan yang boleh kita dapati dalam daging salai, antara contohnya. Secara teori, ubat gigi boleh membantu mengeringkan jerawat anda dalam masa semalaman, mengurangkan saiznya walaupun ini bukan cara berkesan untuk membersihkan kulit anda.

Pastikan anda menggunakan ubat gigi semula jadi apabila anda menyapunya pada kulit anda. Sesetengah ubat gigi mengandungi natrium lauril sulfat yang boleh merengsakan kulit. Perhatikan dahulu label sebelum menggunakannya.Bahagian 4 dari 4: Mencari Penyelesaian Jangka PanjangCara 12: Tidur



Kurang tidur dan tekanan boleh menyebabkan perubahan hormon, dan ini boleh membuat muka anda lebih mudah ditumbuhi jerawat. Pastikan anda cukup tidur selama lapan jam setiap malam.

Cara 13: Hilangkan tekanan daripada hidup anda

Para doktor tidak pasti sepenuhnya kenapa tetapi mereka tahu bahawa terdapat perkaitan di antara tekanan dan masalah kulit, terutamanya tekanan dan jerawat. Atas sesuatu sebab, sel-sel yang menghasilkan sebum iaitu bahan yang akhirnya menyebabkan jerawat, menjadi tidak teratur apabila seseorang itu mengalami tekanan yang tinggi.

Cari ruang untuk lepaskan tekanan secara kreatif. Sesetengah orang menjauhkan diri daripada keadaan yang penuh tekanan dengan pergi bersiar-siar. Yang lain pula luahkan tekanan mereka ke atas kanvas dengan melukis. Walau apapun yang anda lakukan untuk melegakan perasaan, lakukan awal dan lakukan selalu.Cuba teknik meditasi. Jadi seorang yang sedar akan kewujudan tubuh anda, fokus pada pernafasan anda dan dengan perlahan-lahan tolak kesedaran anda itu ke arah batas luar tubuh anda dan hapuskan sama sekali semua yang ada dalam fikiran. Meditasi mengambil masa tetapi ia berbaloi.Cara 14: Selalulah mensyampu rambut anda



Minyak daripada rambut anda boleh menyebabkan jerawat. Selain daripada itu, tukar sarung bantal setiap minggu. Minyak yang berpindah ke sarung bantal daripada muka dan rambut anda selalunya adalah kotor dan merengsakan. Lebih baik ia dielakkan.
Jika anda berambut panjang, ikat di belakang, jauh daripada muka anda.

Cara 15: Bersenam



Bagi kebanyakan penyakit, selain daripada kerosakan otot dan tulang, bersenam adalah penyelesaiannya. Bersenam ialah pilihan yang bagus untuk peredaran darah dan apa-apa sahaja yang menggalakkan peredaran darah yang baik juga akan membuat kulit anda sihat dan kelihatan berseri. Dua perkara yang perlu diingat apabila anda membuat senaman:

Sentiasa pakai krim pelindung matahari jika bersenam di luar rumah. Kebaikan menggerakkan peredaran darah boleh diatasi oleh keburukan kerosakan kulit oleh matahari jika anda tidak berhati-hati. Pakailah krim pelindung matahari yang ringan dan tidak merengsakan atau memedihkan kulit anda.



Mandi atau bersihkan diri anda selepas anda bersenam. Apabila anda berpeluh, liang pori anda boleh tersumbat dengan sisa yang kotor dan masin hasil daripada senaman anda. Pastikan anda bersihkan badan terutamanya muka anda selepas bersenam.

Cara 16: Ambil ubat jerawat secara oral



Ini telah dibuktikan dapat mengurangkan atau menghapuskan jerawat dalam pelbagai cara. Berbincanglah dengan doktor atau pakar kulit anda tentang ubat-ubatan yang mungkin paling berkesan untuk anda.

Bagi wanita, kadang-kadang ubat perancang keluarga yang diambil secara oral digunakan untuk merawat jerawat. Ubat perancang keluarga mengatur hormon yang dihasilkan oleh tubuh dan mengurangkan jumlah jerawat tumbuh.Lain-lain antibiotik yang diambil secara oral menyerang bakteria yang menyebabkan jerawat. Ia boleh membantu dalam mengurangkan jumlah jerawat tumbuh dan juga melawan keradangan. Pesakit selalunya diberi dos yang lebih tinggi terlebih dahulu sebelum beralih ke dos yang lebih rendah.Bagi kes-kes yang lebih serius, isotretinoin atau Accutane boleh diambil melalui preskripsi. Isotretinoin ialah sejenis derivatif vitamin A yang mengecutkan kelenjar yang menghasilkan sebum. Ia mempunyai pelbagai risiko dan kesan sampingan, yang mana anda patut benar-benar fahami sebelum memulakan rawatan ini.Singkirkan produk tenusu. Disebabkan kandungan hormon dalam produk tenusu, banyak kajian telah menunjukkan ada perkaitan antara penggunaan produk susu dan jerawat. Ini mendorong sebuah jurnal dermatologi terkenal untuk menerbitkan sebuah editorial berkenaan “pemakanan tanpa tenusu”, bagi mengurangkan pengambilan produk tenusu untuk sesiapa yang berjerawat kepada sifar.

No comments:

Post a Comment