Resepi Roti Canai

HOMEMADE ROTI CANAI



Semalam plan hari ni mau sarapan roti canai. Bukan main teruja lagi budak-budak ni. Orang kata, kalau nak buat roti canai doh tu kena perap dulu semalaman atau pun lebih dari semalam. Makin lama di perap makin sedap la roti canai tu. Memandangkan ini kali pertama buat roti canai...perap semalaman saja la hihii~ okey, ni bahan2 yang di gunakan.



Bahan A:

1KG tepung roti canai
2 sdb majerin
2 sdb susu pekat
1 biji telur

Bahan B

1 1/2 cawan air
2 sdb garam

Cara-caranya:

1. Satukan bahan A dengan hingga betul-betul sebati.
2. Masukan air yang telah dikacau dengan garam sehingga larut.
3. Uli hingga menjadi doh yang lembut dan licin. Tambah air sedikit2 sekiranya doh agak kering.
4. Bulatkan hingga menjadi bebola kecil sehingga habis. Lumurkan dengan majerin dan simpan dalam bekas kedap udara, minimum 2 jam.
5. Bentukan dan tebarkan setiap bebola hinggamenjadi roti canai dan bakar hingga masak.

SELAMAT MENCUBA!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Laksa Penang

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Cheesekut Mudah dan Senang